Monthly Archives: Disember 2011

Jangan perasan la … Islam tak rugi apa2 pun meskipun tanpa umat melayu … sekalipun … :-P

Terlebih dahulu aku minta maaf kerana topik ini mungkin kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum. Hu, hu, hu … Nak cakap ke idak, hmm … Apa pun posting ini sekadar ingat-mengingati, nasihat-menasihati untuk puak pemuja bangsa, bangsa melayu dan diri sendiri. Kewajiban mereka yang mengetahui sekadar menyampaikan, walaupun kami tak la bagus mana, rockers ka, tak mengaji tinggi, walaupun kami seperti tak wujud, amanat tetap perlu ditunaikan. Kalau nak marah ke, tak puas hati ker, tak suka ker, apa2 ke, … terpulang kepada diri masing2.

بسم الله الرحمن الرحيم.

لَّيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلَا أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ ۗ مَن يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

An Nisaa (4) : 123

Maksudnya : “(Pahala/Balasan baik dari Allah atau syurga Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.”

“Paradise is not [obtained] by your wishful thinking nor by that of the People of the Scripture. Whoever does a wrong will be recompensed for it, and he will not find besides Allah a protector or a helper.”

Read the rest of this entry

Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 5

Kali ini kita akan membincangkan proses penanaman padi yang dipraktikkan di seluruh dunia dan seterusnya membandingkan ia dengan dunia kita.

Ingat2 lupa masa dari zaman kecik2 dahulu, secara tradisi penanaman padi dilakukan seperti berikut. Kalau tak silap …

  • benih padi direndam semalaman
  • selepas semalaman, benih padi ditoskan sehingga kering sedikit.
  • tapak semaian disediakan. beberapa helai daun pisang di lapik sebagai pengalas.
  • lumpur tanah sawah diletakkan atas daun pisang dan di rata kan setebal ? (ntah) inci, mungkin satu hingga dua inci.
  • kemudian benih padi ditaburkan atas tapak semaian secara sekata.
  • selepas itu tapak semaian ditutup dengan daun pisang atau pelepah kelapa.
  • biarkan selama hmm untuk benih bercambah … ntah tak tahu, dah lupa la.
  • buangkan daun2 penutup tapak semaian, biarkan pokok padi membesar sehingga hmmm berapa cm tah … sebelum dipindahkan ke sawah
  • pokok padi di lerai kepada beberapa bahagian kecil dan kemudian ia akan ditanam dengan kuku kambing (nama alat, bukan kuku kambing betul).
  • pokok padi ditanam boleh dikatakan dalam barisan dengan jarak tertentu bagi membantu pembesaran pokok padi.
  • satu lubang, di tanam dua hingga 3 anak pokok padi.

Penanaman padi tradisi memerlukan tenaga kerja ramai, tetapi agak seronok kadang2 rasa macam pesta. Suasana tradisi seperti ini juga berlaku di negara2 Asia yang mana tradisinya menanam padi sebagai makanan ruji. Namun bagi negara bukan Islam dan juga negara kebangsaan yang tidak mengamalkan Islam mengikut syariat, elemen2 khurafat seperti pemujaan sering kali terdapat dalam pesta2 tradisi seperti ini dan adat2 tradisi yang diwarisi turun temurun dari nenek-moyang yang cuba dikekalkan. Bagaimana kalau nenek moyang tu dahulunya adalah musyrik? Rojak betul fahaman agama mereka ni … diberitahu pun mereka masih berdolak dalik.

Read the rest of this entry

Resepi : Nasi Goreng Sardin

Resepi hari ini juga agak simple tetapi sedap, sebagai alternatif sarapan pagi bagi nasi lemak, rotai canai dan sebagainya. Kalau sebagai hidangan makan tengah hari atau malam pun tak da masalah. Nasi goreng memang best makan bila2 masa. “… ai nasi goreng … “. Jimat belanja.

sardin-local

Resepi ini straight forward, jadi kurang sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak menggunakan gambar rajah. Hi, hi, hi … Masa zaman kita orang kecik2 dulu buku resepi cuma ada gambar masakan siap, tak gambar rajah cara memasak satu per satu. Ish, ish … budak2 zaman sekarang manja sangat, nak belajar masak sampai nak kena suap macam anak burung. Sori2 jangan marah, jangan terasa … lagu ini ditujukan khas kepada *beep*. Ha, ha, ha … (saja seronok menyakat anak burung)

Resepinya …
Read the rest of this entry