Only in malaysia … isp 4g bermain silap mata …. >_<


2258190-110571-radio-relay-link-mobile-base-station-of-mobile-operator-bts (gambar hiasan)

ただいま … , الحمد لله baru boleh online balik macam biasa, pakai line mobile internet kena budget quota, tight budget, hu, hu, hu … selepas lebih sebulan kena sabotaj dengan isp 4g tu, mahu tak mahu kena resubscribe tm streamyx. nak kata tm bagus sangat pun tak juga, kerana kontrak berat sebelah, pengguna tetap kena bayar bulan2 walaupun akaun suspended, fair usage policy yang hanya fair bg pihak tm dan bukan pengguna, bla, bla, bla ….

ingat lagi promosi ajen tm cakap kat telefon, langgan lah pakej bla, bla, bla tm … laju, sangat laju, nanti bukak emel sepantas kilat (blazing speed) … fuyoh lajunya …. subscribe internet broadband semata-mata untuk baca emel dan berbalas emel, …. bagus betul idea tu, ha, ha, ha …  b*****g.

dipendekkan cerita atas sebab apa ntah, nampaknya isp 4g itu cuba memaksa kami terminate (hentikan) langganan dengan berhelah. so, jika kami nak terminate langganan maka kami perlu bayar caj terminatation awal daripada tempoh kontrak. ini gaya undang2 di negara ini, kalau tak suka …. pergi pindah negara lain. ha, ha, ha ….

sepanjang tempoh langganan line internet 4g isp tu, kat area aku memang sangat clear, signal pun sangat kuat dan trafik internet juga clear. speedtest juga menunjukkan kelajuan bandwidth adalah sebagaimana pakej internet yang dilanggan (mungkin lebih sikit). berbanding tm streamyx broadband yang digunakan sebelum ini, speedtest menunjukkan kelajuan kurang sedikit daripada pakej streamyx yang dilanggan. maaf jangan salah faham, aku bukan kata tm tipu, tapi kami faham ia disebabkan masalah trafik internet (ramai pengguna).

p1speedtest-27-10-2013

kelajuan ‘blazing speed’ ini mungkin disebabkan kedudukan menara pemancar telekomunikasi (base station) yang kurang daripada 500 meter radius atau lebih tepat sekitar 400meter sahaja dr area aku. tambah pula, area aku terceruk kat pendalaman, kawasan penduduk yang sangat tak padat (banyak rumah hantu) dan jumlah penduduk yang rendah.

kalau kat kawasan lain, mungkin susah nak dapat line clear sebegini. kalau search kat internet, banyak rungutan pengguna tentang talian yang lembab dan juga masalah coverage. aku pernah cuba guna modem isp 4g ini di kawasan lain dalam daerah yang sama, memang slow gila (tak sampai 0.5Mb) dan signal lemah (1 bar sahaja, kandang2 jer dapat 2 bar). mengikut rekod downtime sebelum sabotaj juga tidak lama, ada sekali dan hanya semalaman.

betul, memang dengar cerita2 tentang pelanggan dianiaya oleh isp 4g ini, dengan ctos la, bil masih aktif walaupun dah terminate servis, blacklist dan dihalang dari keluar negara, tak boleh nak buat apa2 pinjaman lg, nama pelanggan dijual kepada pengutip2 hutang, kalau sesiapa ada hutang lama dengan mana2 institusi …. alamat jadi buruan, his …. macam2 …. bukan tak percaya, tapi selagi servis mereka ok, tak ada masalah …. tak ada pilihan melainkan meneruskan langganan. lagi pun kontrak dua tahun ma …. hu, hu, hu ….

 

modem no signal …

tiada hujan, tiada kilat, ribut, gempa bumi, tsunami, blackout, atau apa2 bencana alam skala besar, tiada kes kecurian, bla, bla, bla … tiba2 jer pemancar isp 4g rosak, modem langsung tidak menerima signal dari pemancar terdekat (menara pemancar utama). alasan yang diberi pemancar rosak, bukan satu tapi 3 pemancar rosak sekali gus di area aku. macam kes serius kerana mengambil masa terlalu lama untuk dibaiki.

setiap kali call kerana internet masih down, hanya tempoh baik pulih di lanjutkan… sekali lagi call, pencawang utama kat bandar berhampiran pulak rosak katanya. dari 3 hari, jadi 2 minggu, pastu sehingga sekian2 hari bulan dan kemudian sekian2 hari bulan lagi dan lagi dan lagi. kata callcenter mereka akan maklumkan apabila internet dah ok. sehingga hari dah genap 2 bulan, internet 4g isp itu down dan kami tiada pilihan melainkan langgan internet dari tm. dalam minggu ini aku dah cek sekali lg dengan isp 4g itu, kononnya down sehingga awal bulan depan pulak. ha, ha, ha …. c****a betul .

WiMAX Mobile Station 2014-03-28 10-09-58

sebelum itu maklum balas komplen kat forum pengguna (http://www.complaint.cfm.org.my/, katanya forum pengguna, tetapi macam ada connection dengan isp tu jer), isp 4g menyuruh aku reposition modem. iaitu mengubah kedudukan modem dan menghalakan modem ke lokasi yang diberi (alamat dan gps diberikan). alamat diberikan adalah sub base station, iaitu pemancar kecil yang bertempat di lot rumah kedai/ lot kilang kecil.

untuk menghalang daripada kes ditutup (cepat sangat nak tutup kes, 3 hari termasuk sabtu dan ahad). dalam jawapan kepada maklum balas itu kepada mereka, aku bertanya kepada pihak isp 4g itu maksud penyelesaian “reposition modem” yang mereka berikan. adakah ia penyelesaian jangka pendek atau penyelesaian jangka panjang. bagaimana dengan menara pemancar yang rosak itu? aku tanya mereka, adakah aku nak kena pindah rumah dan berjiran dengan sub base station yang mereka nyata itu . bagaimana kalau tiba2 masalah yang sama berulang, sub base station ini pula down dan aku terpaksa berpindah2 rumah beberapa kali dan akhirnya terpaksa berpindah rumah dengan pacak khemah bersebelahan dengan HQ isp 4g itu. bagaimana kalau masalah yang sama berlaku di mana pemancar2 di HQ isp 4g itu pulak down dan syarikat nanti akan rugi bilion2. sehingga hari ini masih menunggu jawapan dari isp 4g itu, ha, ha, ha …..

aku ada cek modem tu kat kedai ajen isp  4g itu di bandar, modem memang tak rosak dan full signal pulak tu masa cek dalam kedai. bila tanya pasal internet down kat area aku, si sales kata memang area tu memang ada masalah, ramai pengguna complain …. bila aku tanya pasal pemancar kat bandar itu yang dikatakan rosak … si sales kata bukan kat dalam bandar tetapi sebuah taman perumahan berhampiran bandar ini. katanya isp 4g itu nak bergabung dengan tm dan dalam proses pengambil alihan. kononnya mereka dalam proses menukar antena2 di setiap base station.

harap pembaca jangan salah faham, posting ini bukan aku nak persembahkan drama sketsa kehidupan atau pun meminta simpati. setelah beberapa kali interbiu callcenter isp 4g itu, aku dah ada sedikit klue untuk menyiasat silap mata yang dimainkan oleh isp 4g. detective **** melaporkan …..

 

bagaimana signal modem boleh hilang? … hmmm …

ada 3 kemungkinan:

Pertama memang peralatan komunikasi isp 4g betul2 rosak. jika betul2 ada gangguan perkhidmatan, sepatutnya mereka dah umumkan kat laman web mereka, tetapi apa yang berlaku adalah langsung tiada sebarang notis. notis gangguan servis melalui sms hanya diterima dua minggu kemudian daripada tarikh mula down, itu pun selepas 2~3 kali call. jika betul2 rosak, sepatutnya ia dapat diperbaiki dengan segera bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan kepada pengguna dan juga mengelakkan tindakan undang2 daripada pengguna.

menara pemancar telekomunikasi kat area aku adalah pemancar telekomunikasi utama kat area aku, ia juga perantara atau pengulang signal antara pemancar2 utama dari jarak jauh. sub pemancar berhampiran jika ada perlu berkomunikasi dengan menara pemancar ini. jika menara pemancar ini down maka semua sub stesen pemancar kecil akan down juga. menara pemancar telekomunikasi ini turut dikongsi oleh syarikat2 telekomunikasi lain dalam menyediakan liputan bagi servis mereka kat area aku. ini termasuk TM, Maxis, Digi, Celcom, U-Mobile, YTL, bla, bla, bla …

jika betul2 menara pemancar telekomunikasi ini rosak, maka semua servis sykt telekomunikasi lain turut terjejas. Line handfon digi kat area aku misalnya bergantung penuh pada menara pemancar ini, jika blackout berlaku kat area aku …. line digi turut terputus. dari pengalaman aku sebelum ini, jika pemancar ini down, ia tidak ambil masa yang lama untuk pulih. line handfon digi kalau down biasanya down tak sampai sehari, beberapa jam sahaja.

sepatutnya peralatan komunikasi dalam stesen pemancar sepatutnya tidak mudah rosak dan mampu mengendalikan bebanan tinggi. seperti peralatan komputer dan juga kenderaan, baik pulih biasanya mudah dilakukan dengan menukar komponen yang rosak dengan alat ganti. takkan syarikat isp 4g dengan modal bilion2 tak mampu beli alat ganti….

daripada pemerhatian, hampir setiap kali lalu (pada waktu kerja pada hari2 biasa) kat menara pemancar komunikasi itu, tak pula nampak kerja2 baik pulih yang giat dilakukan. Lengang macam biasa …. tak ada orang pun kat dalam kawasan menara pemancar. betul ke menara pemancar yang rosak atau sebenarnya yang rosak itu adalah pihak pengurusan isp 4g itu sendiri? hi, hi, hi ..

Kemungkinan kedua, mematikan terus peralatan komunikasi mereka dalam stesen pemancar. Atau mematikan sebahagian peralatan komunikasi, iaitu peralatan yang berkomunikasi dengan modem pengguna (macam access point).

preview_html_m553309c7 (gambar hiasan)

(gambar hiasan base station 4g)

ada dua kesan yang mungkin. pertama, jika pemancar itu adalah pemancar tunggal di kawasan itu, maka seluruh pengguna di kawasan itu akan terjejas. kaedah ini boleh digunakan jika isp 4g benar2 ingin menamatkan liputan bagi kawasan berkenaan. motifnya, mungkin untuk mengurangkan kos operasi kerana sykt mengalami kerugian dan bagi menutup kelemahan pihak pengurusan atasan syarikat.

image

kedua, jika terdapat pemancar lain di kawasan berhampiran.  hanya sebilangan pengguna terjejas teruk dan sebilangan pengguna masih boleh menerima isyarat walaupun agak lemah dan internet perlahan. pengguna paling jauh dari pemancar seterusnya mungkin langsung tidak menerima apa2 isyarat.

image

Ketiga, cara yang boleh digunakan adalah, hmmmm ….. sebenarnya, isp boleh menyekat akses pengguna pada terminal akhir, iaitu menyekat id modem pengguna pada base station tertentu. konsep ini sama seperti jika handfon kita hilang, kemudian kita report kat callcenter telco dan mereka akan terus menyekat sim kad yang hilang itu berdasarkan nombor identifikasi tertentu yang unik bagi sim kad.

Isp 4g tidak akan menyekat akaun kita (kecuali jika bil tertunggak), jika mereka sekat akaun … tindakan itu nampak terlalu ketara. Jika isp 4g menyekat signal modem berdasarkan alamat MAC bagi modem itu, pada pemancar yang terhampir dengan pengguna (dalam kawasan liputan servis). tindakan ini seolah2 berlaku kerosakan pada terminal akhir (pemancar). kesan kepada pengguna :

  • modem pengguna sama ada langsung tidak menerima signal
  • atau masalah coverage di mana tiba2 pengguna berada di luar kawasan liputan
  • atau pun talian internet menjadi perlahan padahal semasa awal langganan line ok, agak laju dan tak da masalah. ini disebabkan modem tidak lagi berhubung dengan pemancar terdekat, sebaliknya berhubung dengan pemancar yang lebih jauh. oleh kerana jarak dan trafik intenet, talian menjadi sangat perlahan dan tak munasabah.

image

Pembaca boleh menganggap ini sebagai satu andaian, tetapi kaedah yang sama juga boleh digunakan jika anda mahu menyekat sesiapa atau apa2 peranti daripada mencapai wifi anda. Apa yang anda perlukan adalah alamat MAC peranti yang hendak disekat, alamat ini boleh didapati dari senarai sambungan wifi yang aktif. Lihat advance setting bagi modem/router/access point anda (jika disokong), kemudian cari “MAC filtering”. Contoh:

D-Link ADSL Router 2014-04-17 13-28-37

 

bagaimana kaedah sekatan ini berkerja?

dalam rangkaian komputer ada dua kaedah berkomunikasi, iaitu komunikasi dengan sambungan dan komunikasi tanpa sambungan. Protokol komunikasi dengan sambungan yang digunakan dalam rangkaian tempatan dan juga internet adalah TCP (transmission control protocol), manakala protokol komunikasi tanpa sambungan adalah UDP (user Datagram Protocol).

Perbezaan kedua protokol ini adalah seumpama panggilan telefon dan siaran radio. Komunikasi melalui panggilan telefon hanya berjaya jika pihak yang dipanggil mengangkat ganggang dan menjawab panggilan. Panggilan telefon tidak akan berjaya jika nombor yang di dail tidak diangkat. manakala bagi siaran radio, komunikasi berjaya jika ada pendengar yang mahu mendengar salurannya.

secara konseptual, konsep yang sama juga digunakan dalam rangkaian 4G. ini kerana rangkaian 3G dan 4G adalah berasaskan IP (internet protocol). pengguna hanya boleh mencapai rangkaian 4g hanya jika pemancar bersetuju untuk berkomunikasi. Persetujuan ini boleh dicapai menerusi pengesahan identiti pengguna, kata laluan, identifikasi rangkaian, identifikasi peranti, dan sebagainya. Selain itu jika terdapat sekatan pada pemancar terhadap identiti modem tertentu, komunikasi dengan pemancar itu tidak dapat dilakukan. Contoh : algoritma pengesahan sambungan internet dalam tetapan sambungan (Windows), untuk komunikasi menerusi rangkaian 3G.

image

jadi kemungkinan maklumat seperti kekuatan signal dan lain2 seperti dalam gambar di bawah, hanya boleh diperolehi apabila komunikasi antara modem 4G dengan pemancar 4G berjaya dicapai. tetapi jika pemancar enggan untuk berkomunikasi (akibat tetapan sekatan MAC address filtering), maka modem 4G terkontang kanting mencari signal rangkaian 4G.

MF230_Troubleshooting_and_Web_UI_Configuration_Guide.pdf 2014-04-17 17-30-17

(pic dari manual)

WiMAX Mobile Station 2014-03-28 10-09-58

 

jarak liputan pemancar (base station 4G LTE)

masalah coverage? sebenarnya berapakah jarak liputan bagi setiap stesen pemancar 4G? 1 km kah?  sehingga 5 km kah? sehingga 30 km kah? atau sehingga 100km? ada tak isp beritahu secara rasmi jarak liputan bagi setiap pemancar? tak ada kan …. yang diberitahu hanya kawasan liputan (coverage area) di laman web mereka.

tapi antara rungutan pengguna isp 4g ini di sebuah blog, beliau memberitahu setelah sekian lama melanggan servis internet 4g isp itu, tiba2 internet 4g dia down dan dia diberitahu oleh callcenter kawasan dia tiada dalam coverage. alasan b*****g, macam mana orang tak marah kepada isp 4g tu ….

semasa callcenter goreng bagi alasan bukan menara pemancar yang depan mata aku je rosak, malah ada dua lagi stesen pemancar berhampiran turut rosak. aku cakap rumah aku tak jauh dari menara pemancar, jaraknya dalam 500 meter radius. ntah sama ada callcenter tu tersasul lalu memberitahu “ooo …. patut la dia cek, lihat signal modem aku sangat kuat, dan dia kata jarak liputan pemancar adalah 800 meter radius.”  mungkin selepas dia tersedar, kemudian dia cakap “tapi signal boleh capai sehingga 3 km” (kalau tak silap aku, dia sebut 3km).

terfikir gak macam mana dia boleh tahu kekuatan signal dari modem aku, adakah berdasarkan rekod penggunaan atau pun secara real-time monitoring (pemantau masa sebenar). bolehkah callcenter bahagian teknikal boleh menyemak signal modem pengguna dari skrin komputer helpdesk beliau, rasanya ini tidak mustahil kerana ia membantu kerja2 troubleshooting. daripada perbualan dengan callcenter, didapati mereka boleh detect menara pemancar terakhir modem 4g itu berkomunikasi dari rekod mereka.

tapi bukankah mereka kata pemancar rosak dan vendor mengambil masa berlanjut-lanjutan untuk memperbaikinya. sebab itu aku syak, pemancar tu tak rosak, sama ada peranti seperti access point di stesen pemancar dimatikan atau alamat MAC modem aku disekat. apabila modem gagal untuk berkomunikasi dengan pemancar, ia menunjukkan isyarat “no signal”.

kalau nak buktikan, kena dapatkan modem lain dan buat perbandingan sebelah menyebelah. kalau dua2 down no signal, maknanya pemancar isp 4g di situ tidak lagi beroperasi dan kalau satu full signal dan satu lagi no signal, itu adalah bukti bagi MAC filtering. Sebaiknya kalau boleh perlu dapatkan modem untuk test line daripada salesman ajen isp 4g itu, tapi kena berlakon sikit. Masalah kalau salesman tu masih kenal aku, mereka mungkin akan mengambil langkah berwaspada dengan lebih menikus dan rancangan ni mungkin tak menjadi …. hmmm, ha, ha, ha ….

berdasarkan maklumat teknikal tentang teknologi 4G / 4G LTE dari wiki.

Support for cell sizes from tens of metres radius (femto and picocells) up to 100 km (62 miles) radius macrocells. In the lower frequency bands to be used in rural areas, 5 km (3.1 miles) is the optimal cell size, 30 km (19 miles) having reasonable performance, and up to 100 km cell sizes supported with acceptable performance. In city and urban areas, higher frequency bands (such as 2.6 GHz in EU) are used to support high speed mobile broadband. In this case, cell sizes may be 1 km (0.62 miles) or even less.
Supports at least 200 active data clients in every 5 MHz cell.

Jadi kita difahamkan jarak jauh boleh dicapai jika pemancar menggunakan frekuensi rendah tetapi kelajuan internet terpaksa dikorbankan.  Tahukah anda spektrum frekuensi 4g yang dimenangi oleh isp yang baru bukak syarikat pada masa itu kemudian memenangi bidaan kontroversi yang dibuat oleh kerajaan?

Lesen spektrum frekuensi jalur lebar yang dimenangi sykt isp yang baru buka kedai itu adalah 2.3GHz (jalur frekuensi tinggi). tapi pada 2~3 tahun lepas, sykt isp 4g itu telah upgrade jalur frekuensi mereka ke 2.6GHz. Ya betul tu,  sama seperti standard EU.

Maka itu bermaksud, jarak liputan bagi setiap pemancar adalah 1 km atau kurang. Jadi benarlah jarak optimum 800 meter tu bagi stesen pemancar. Jarak sehingga 3 km itu hanya lah secara teoritikal. jarak liputan ini mungkin boleh dicapai jika pemancar dan modem berada dalam garis lurus (misalnya, atas padang yang rata) dan tiada sebarang halangan seperti bukit, pokok dan bangunan di antaranya.

GB-Maps---ギビマップ-v1.0

rajah di atas adalah profil topografi dari rumah aku ke menara pemancar. data ini dijanakan dari program GB Maps ギビマップ. GB Maps ギビマップ adalah software pembina trek keretapi untuk simulator BVE/OpenBVE.

GB-Maps---ギビマップ-v1.0b

topografi bagi “solution” reposition modem yang diberikan oleh isp 4g. menyuruh aku reposition modem ke sub stesen pemancar kecil yang jaraknya kira-kira 3.3 km dan terdapat pelbagai halangan (bukit2) di antaranya. So jawapannya “solution” reposition modem adalah mustahil, ia sekadar jawapan untuk isp 4g melarikan diri. cis, tak guna betul …

apakah jarak bagi sub stesen pemancar yang diberi? berdasarkan tool reposition modem pada laman check coverage di laman web isp 4g itu, di mana ikon akan mengarahkan ke kedudukan pemancar terhampir. jarak sub station pemancar itu hanyalah sekitar 800 meter sahaja.

 

jenis2 stesen pemancar

sekadar pengetahuan am … malas nak translate … hi, hi , hi …

  • In telecommunications, a femtocell is a small, low-power cellular base station, typically designed for use in a home or small business. A broader term which is more widespread in the industry is small cell, with femtocell as a subset. It connects to the service provider’s network via broadband (such as DSL or cable); current designs typically support two to four active mobile phones in a residential setting, and eight to 16 active mobile phones in enterprise settings.
  • A picocell is a small cellular base station typically covering a small area, such as in-building (offices, shopping malls, train stations, stock exchanges, etc.), or more recently in-aircraft. In cellular networks, picocells are typically used to extend coverage to indoor areas where outdoor signals do not reach well, or to add network capacity in areas with very dense phone usage, such as train stations.
  • A microcell is a cell in a mobile phone network served by a low power cellular base station (tower), covering a limited area such as a mall, a hotel, or a transportation hub. A microcell is usually larger than a picocell, though the distinction is not always clear. A microcell uses power control to limit the radius of its coverage area.
  • Small cells are low-powered radio access nodes that operate in licensed and unlicensed spectrum that have a range of 10 meters to 1 or 2 kilometers. They are “small” compared to a mobile macrocell, which may have a range of a few tens of kilometers.
  • A macrocell is a cell in a mobile phone network that provides radio coverage served by a high power cellular base station (tower). Generally, macrocells provide coverage larger than microcell. The antennae for macrocells are mounted on ground-based masts, rooftops and other existing structures, at a height that provides a clear view over the surrounding buildings and terrain. Macrocell base stations have power outputs of typically tens of watts.

Typically the range of a standard base station may be up to 35 kilometres (22 mi), a microcell is less than two kilometers wide, a picocell is 200 meters or less, and a femtocell is on the order of 10 meters, although AT&T calls its product, with a range of 40 feet (12 m), a “microcell”. AT&T uses “AT&T 3G MicroCell” as a trade mark and not necessarily the “microcell” technology, however.

Jarak ini untuk pelbagai jalur komunikasi, sama ada GSM, 3G, 4G, CDMA, WCDAMA, HSPDA, mikrowave, bla, bla, bla …

 

isu pemancar wimax dan mungkin juga yang sewaktu dengannya

ada seorang x classmate aku yang berkerja di sebuat sykt isp ada memberitahu tentang masalah dalaman teknologi ini. jika trafik pengguna tinggi, kawasan liputan akan mengecut. dalam kata lain jarak liputan turut berkurangan apabila trafik pengguna tinggi. kenapa boleh jadi begini?

image

ini teori aku jer, tak pasti betul ke tidak. untuk memancar isyarat yang kuat bagi suatu jarak liputan, pemancar memerlukan tenaga dan tenaga itu dipindahkan dalam bentuk frekuensi. apabila frekuensi tinggi, kadar pemindahan data juga tinggi tetapi jarak liputan berkurangan. ini kerana banyak tenaga disalurkan untuk ayunan frekuensi tinggi. siapa pernah main tali getah pada masa zaman kanak2, kalau kita ayun laju2, jarak ayunan jadi pendek. tetapi jika ayun perlahan sikit, jarak ayunan jauh lagi.

image

 

apabila pemancar dan klien berkomunikasi dengan trafik data yang tinggi, sejumlah besar tenaga yang tersedia digunakan. jika trafik data yang tinggi bagi pengguna2 berhampiran pemancar, maka kurang tenaga tersedia kepada pengguna2 yang jauh daripada pemancar. akhirnya mereka yang paling jauh daripada pemancar akan terputus talian semasa trafik data sangat tinggi pada waktu puncak.

bagaimana dengan teknologi 4g / LTE / 3G? ntah, no idea …. mungkin sama kot.

 

tak faham, kenapa perlu sabotaj pelanggan ?

tak faham aku cara isp 4g ni berniaga … kalau ikut common sense (akal budi), sebuah syarikat korporat pasti berusaha untuk menarik pelanggan, cuba mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan dan berharap pelanggan sedia ada akan terus menjadi pelanggan tetap mereka. tapi sykt isp 4g ni terbalik,  memerangkap pelanggan, memusuhi pelanggan, menghalau pelanggan, mensabotaj pelanggan dan kemudian mencantas pelanggan2 dengan ajen ctos-nya.

bukan homeuser sahaja yang terkena, syarikat korporat yang langgan leased line (yuran langganan bulanan ribu2) pun turut dikenakan. supplier aku bagi tau, mereka dah tak pakai servis sykt tu pasal terlalu banyak masalah dan line tak reliable. tapi sykt isp 4g masih jual nama sykt supplier tu di laman web mereka, kononnya sykt yang jadi supplier aku tu adalah salah satu klien penting mereka yang masih aktif. dasar penipu dan putar alam ….

pastu memaksa pengguna hentikan langganan dengan terminate kawasan2 liputan secara senyap2. bila businness dah nak KO, terhegeh2 nak bergabung dengan syarikat korporat GLC yang memonopoli  servis komunikasi di negara ini. atau pun adakah syarikat yang memonopoli servis komunikasi di negara ini, diarahkan untuk bergabung dengan isp 4g itu?

adakah pengurusan syarikat isp 4g itu diterajui oleh orang2 bodoh? apa nak menghairankan, sedangkan negara kita diterajui oleh kerajaan kangkung dan ayam 1 ekor seringgit, menteri import dari indon melaporkan pistol anggota polis hilang dalam jamban, kapal selam jadi perahu, 2 jet yang disewa untuk TUDM jadi kapal terbang kertas, kekayaan negara hilang bilion2 setiap tahun dan terbaru adalah MH370 boleh hilang ntah ke mana. kalau kerajaan di tahap kangkung, ini kan pula syarikat2 kroni, untung sedili makan, rugi rakyat yang tanggung … ha, ha, ha ….

padah apabila sebuah syarikat yang baru dibuka, tiba2 memenangi bidaan spektrum frekuensi radio untuk jalur 3G dan 4G. walaupun tiada pengalaman dalam industri komunikasi, namun diberi kelayakan oleh kementerian kangkung bagi mengkangkungkan industri komunikasi negara. ha, ha, ha …

negara kita adalah pengguna teknologi dan bukan pencipta/pemaju teknologi. hanya pandai beli produk dari negara maju, tiba2 terus buka syarikat ICT atau komunikasi. pastu berangan untung bilion2. daripada hasil kerja mereka pada hari ini, adakah mereka tak ada background study dan buat research? ATAU mereka hanya study dan research hanya dalam perspektif yang mereka sukai sahaja? ATAU pun mereka research dan study dalam mangkuk, maksudnya dengan pemikiran monokromatik, perasan bagus dan perasan hebat? kritikal thinking tidak disukai dan ia adalah musuh kepada big boss. kenapa? pasal big boss mereka tu idiot lah, macam menteri kangkung … ha, ha, ha ….

sebuah syarikat mentah yang tiada pengalaman sendiri, harapkan pengalaman dari usahasama dengan syarikat luar negara. sejauh manakah kemahiran staf2 teknikal dalam syarikat itu? skil analitik? haa … macam sampah jer, zero …. yang fasih adalah bertutur dalam bahasa inggeris dan kemudian asyik kelentong pelanggan. itukah kemahiran yang dimahiri?

apa yang mereka, syarikat isp 4g itu dapat dengan menganiaya pelanggan? adakah perniagaan utama mereka bukan servis internet 4g, tapi business ctos atau ntah apa2 ntah? musykil2 ….. susah juga detective ***** nak menduga cara orang2 bodoh berfikir, sapa2 boleh bagi pendapat? ha, ha, ha , ha …

kadang2 bukan manusia yang waras sahaja yang terkejut dengan cara orang2 bodoh ni berfikir, haiwan pun boleh terkejut beruk ….. ha, ha, ha …

HAAA, apa …. (double, triple dan multiple kejutan ….), ha, ha, ha …

sekadar hiburan … ha, ha, ha ….

macam mana agaknya signal modem mencari signal dari pemancar ….

signal modem memulakan perjalanan mencari signal, jeng, jeng …

signal modem menjumpai pemancar dalam kawasan yang sama dan cuba untuk berkomunikasi dengan pemancar ….

malangnya percubaan untuk berkomunikasi dengan pemancar terdekat itu gagal …

cuba berkomunikasi dengan pemancar2 isp/telco lain, tapi gagal … hu, hu, hu

signal modem tak ada idea nak cari kat mana …

maka signal modem memulakan pengembaraan mencari signal pemancar ….

signal modem dikejar lembu kat jat semasa tengah cari signal, ha, ha, ha …

terserempak dengan mamat ayam, lembu dan ikan…. kata dia kalau ayam mahal, daging mahal, ikan mahal, sila makan tauhu … kalau sayur mahal, tanam sayur sendiri …. ha, ha, ha …

terserempak dengan isapmudin, …. ha, ha, ha …

terlanggar kepala popjib ….

terserempak dengan hantu kak mah …

pergi ke antartika bersama mat runtuh, signal membeku sekejap ….  ha, ha, ha ….

terjumpa smart tunnel yang dikenali …

jenuh mencari masih tak jumpa2 … hai ya, ini macam manyak susah oooo ….

signal modem dah penat dan kehabisan tenaga, lalu di tiup angin …

akhirnya … ha, ha, ha …

begitulah ceritanya …. aghhhhhhh …..

 

Tamat …

 

Jangan lupa, sapa2 boleh tolong fikirkan apakah motif atau keuntungan yang mungkin diperoleh oleh syarikat isp 4g itu dengan menganiaya pelanggan2nya.  sila kemukakan pandangan anda. Sekian, terima kasih.

 

Jumpa lagi, إن شاء الله ….

 

Coretan Alkimia

 

Rujukan

  1. HowStuffWorks “How 4G Works”
  2. How do mobile phone base stations work? | IZMF
  3. HowStuffWorks “How Cell phones Work”
  4. LTE (telecommunication) – Wikipedia, the free encyclopedia
  5. Macrocell – Wikipedia, the free encyclopedia
  6. Small cell – Wikipedia, the free encyclopedia
  7. Microcell – Wikipedia, the free encyclopedia
  8. Picocell – Wikipedia, the free encyclopedia
  9. Femtocell – Wikipedia, the free encyclopedia
  10. Small cell – Wikipedia, the free encyclopedia

Posted on 20 April 2014, in Umum and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. selepas helah sykt isp ini dikantoikan, mereka bersetuju untuk menamatkan langganan tanpa caj penalti penamatan lebih awal daripada tempoh kontrak. permohonan penamatan langganan juga terus diisikan oleh helpdesk isp itu dan aku menerima notifikasi pemohonan untuk menamatkan langgan itu menerusi emel. turut dimaklumkan langkah2 yang perlu diambil bagi menyempurnakan penamatan kontrak, iaitu menyerahkan kembali modem dan telefon ke pusat servis berhampiran. tiada sebarang caj tambahan dikenakan semasa penyerahan dan malam tu dapat emel pengesahan bahawa penamatan akaun telah selesai. apabila cuba login kat selfcare, nampaknya akaun sudah tak wujud lagi. ok … ^_^

    kepada mereka yang ingin menamatkan langganan, jangan request melalui emel … takut emel tu hilang ke laut dan mereka tak akan membukanya. mungkin emel itu terus dicampak ke dalam folder scam/junk mel dan dibuang begitu sahaja. dan anda kemudian akan menjadi mangsa bil scam. kalau nak terminate langganan pegi jer ke HQ, atau cawangan berhampiran sykt itu (bukan ajen jualan). pastikan anda menerima surat/dokumentasi hitam putih tentang penamatan langganan itu.

  2. hmm..apalah nasib jd rakyat malaysia..dh la ditindas dgn polisi kerajaan,
    nh dgn pembekal telekomunikasi pulak swasta pulak.

    nk maju taun 2020 konon.

    berat sungguh.

    • betul … bagaimana negara ini nak maju jika ia bukan dibina (engineer) untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya, sebaliknya ia dibina (engineer) sekadar mewujudkan lubang2 bagi mengayakan kroni2 dan nepotism.

%d bloggers like this: