Sistem Pengangkutan Keretapi – Bhg 4


KingAbullah-interi_3548372a-xlarge

Perbincangan kali ini ringan sikit daripada siri terdahulu, mungkin perkara biasa dan kurang teknikal. Agaknya apakah yang dimaksudkan dengan perjalanan yang selesa? Adakah semasa menunggu tren? Adakah semasa menunggu kenderaan transit seterusnya apabila tiba di destinasi? Adakah stesen mewah seperti gambar di atas menggambarkan perjalanan yang selesa? Gambar di atas adalah gambar ilustrasi King Abdullah Financial District Metro Station, Riyadh, Arab Saudi. Dijangka siap dalam tahun 2019.

Keselesaan Perjalanan

Budak2 sekolah pun tahu, perjalanan yang selesa merujuk kepada perjalanan dan ia berlaku semasa bergerak dalam perjalanan. Kalau perjalanan di lebuh raya, ia merujuk kepada perjalanan yang lancar serta kemudahan yang disediakan di sepanjang lebuh raya misalnya fasiliti tandas awam, tempat makan, stesen minyak, tempat rehat, mesin ATM dsb.

Kalau perjalanan menaiki keretapi pula, ia merujuk kepada keselesaan2 yang disediakan di dalam keretapi. Ini kerana pengguna berada lebih lama dalam keretapi di sepanjang perjalanan berbanding berada di stesen. Stesen hanya tempat singgahan, sementara menunggu tren macam bus stop. Tidak ada pengguna yang selesa menunggu tren begitu lama di stesen sehingga stesen menjadi sesak. Walau fakta ini satu common sense @ akal budi, tetapi tah macam mana pihak2 berautoriti gagal memahaminya. Atau mungkin juga mereka mempunyai agenda tersirat… siapa tau.

IMG_0556

selesa kah kalau menunggu tren terlalu lama sehingga platform menjadi sesak?

81460950273_KTMKomuter

81468815679_rapidkl

masa LRT breakdown

keadaan di bawah juga tidak selesa atau sangat2 tidak selesa, orang terlalu ramai. beza daripada senario dua gambar di atas, senario gambar di bawah bukan masalah menunggu tren atau tren breakdown. sebaliknya kesesakan penumpang naik dan turun keretapi pada waktu puncak di jaringan laluan keretapi antara yang tersibuk di dunia. penumpang pula bergegas ke destinasi masing2. kekerapan tren pula sangat tinggi, iaitu sehingga setiap 2½ minit di waktu puncak. kalau anda mahu melancong ke Jepun, elakkan menaiki keretapi pada waktu2 puncak di laluan2 utama.

800px-Rush_hour_at_Ueno_01

stesen2 keretapi termahal dan gah di dunia. kepit you’re not alone … kih, kih, kih …

Worlds-Costliest-Train-Station-in-New-York-Manhattan

katanya stesen termahal di dunia, The World Trade Centre Transportation Hub, New York City, USA. ($5.2 billion)

Arab Saudi pun tak mahu ketinggalan dalam pembaziran … puii

saudi-arabia-is-building-the-largest-urban-transit-system-ever-made-from-scratch

ZHBVNView_from_Northwest

proposal .. kat australia kalau tak silap

Dalam siri ke 3, kami telah bincangkan tentang kepentingan masa perjalanan. Betulkah tiada negara yang menitik beratkan masa perjalanan dan keselesaan pengguna dalam perkhidmatan keretapi? Memperbaiki masa perjalanan bukan sekadar mewujudkan trenlaju atau high speed train. masa dan efisiensi perjalanan bagi tren2 domestik juga perlu diperbaiki. Contoh:

str1str2

Tren @ Rolling Stock

Tempat Duduk @ Kerusi

Dalam artikel lepas kita dah bincangkan, masa perjalanan dari stesen Sungai Buloh ke Kajang kalau naik MRT adalah selama 1 jam 22 minit dan masa perjalanan LRT dari stesen Putra Heights ke Gombak pula selama 1 jam 27 minit. Fuhh lama tu, kalau selalu duduk atas kerusi plastik yang keras lama2 begitu boleh kematu pungkok dan kebas2. kih, kih, kih …

IMG_20170801_165151

stesen2 punya mewah dan gah, siap ada macam2 tema, tandas pun pakai sensor, fitur2 yang tak penting diberi penekanan bagai. kalau luar nampak gah, tapi dalam tren … bila masuk tak ada la canggih mana, tak ada la selesa tara mana pun … biasa2 jer. kerusi standard kerusi sepital …. keh, keh, keh … cuma lampu dalam tren terlalu terang macam on stage.

800px-SBK_Line_Merdeka_Station_Lower_Concourse_1

off topik, nak tanya sikit MRT memang biasa lengang waktu off peak pada hari2 biasa? masa aku naik tu dari Maluri ke Sungai Buloh, hari bekerja. Mula tak ramai, pastu lagi kurang, pastu lagi lengang, pastu dekat sampai Sungai Buloh … hampir kosong? beberapa hari lepas pun sama jugak,  masa tu aku naik waktu tengah hari dan juga waktu puncak orang balik kerja. Tak jauh beza …

Kat stesen pun nampak lenggang, tak ramai orang. Dari atas tren tengok parking lot kat bawah di stesen kwasa damansara kalau tak silap, kereta dalam 20/30 bijik jer. Lot parking mungkin dalam 90% ~ 95% kosong. Tapi yang ketara, rata2 berhampiran stesen bangunan2 baru begitu rancak dibangunkan. Sebab itu aku kata “mereka” mewujudkan kemudahan ini bukan betul2 untuk pengguna/rakyat, sebaliknya lebih kepada pelaburan hartanah.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

masa mahathir naik pun nampak tak ramai orang juga … Sebab itu dalam siri ke 3, aku musykil kesahihan dakwaan bilangan penumpang harian MRT telah meningkat dan sudah melebihi 140,000 orang. Mungkin bilangan yang tinggi itu kerana servis ini masih dalam musim orientasi. Nak tahu tengok bila musim orientasi ini dah berlalu, mungkin ambil masa setahun atau lebih. lepas tu tengok, tambang MRT akan dinaikkan atau tidak dengan alasan kos operasi tinggi dan profit pula rendah.

kalau keadaan ini biasa dan berterusan, ia bukanlah petanda yang baik … huhh, “Jom naik MRT”, jenuh la nak berkempen …. banyak belanja tu kalau projek failure. walaupun laluan MRT sungai buloh-kajang melalui kawasan2 “elit”, nampak macam penduduk sekitar lebih selesa atau lebih senang berkenderaan sendiri. alamak … miscalculate ke?

Berbalik pasal tempat duduk dalam keretapi. Tren komuter ok la sikit, kalau dapat kerusi dua dan duduk tepi tingkap lagi OK . Tapi kerusi komuter nak kata bercirikan ergonomik tidak juga, sekadar kerusi berkusyen biasa.

New-Komuter-train-inside

Kalau kerusi memanjang, pepat 90°, langsung tak ada support untuk pinggang kalau perjalanan lama.

8851529476_b1be9faf96_b

Sebagai bandingan tren komuter, MRT, LRT dan juga monorel, kami bandingkan dengan bahagian dalaman tren2 jenis urban rapid transport, komuter dan juga local tren kat negara Jepun.

tren siri E235 (model terbaru)

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Siri E233

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

siri E231, kebanyakan reka bentuk dalaman tren2 model terkemudian berasaskan reka bentuk siri E231 ini.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

siri E531

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

tren2 JR West, model lama sikit

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

tren2 DMU (diesel multiple unit), hybrid DMU, bateri (BEMU), dll pula … servis tren local

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

tren2 private bukan JR

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Apa yang boleh kita katakan, kerusi atau tempat duduk yang selesa adalah salah satu keperluan asas dalam keretapi penumpang. Ia lebih kritikal jika suatu perjalanan mengambil masa hampir sejam atau berjam2. Jangankan sejam, bagi mereka yang berusia, orang sakit, ibu mengandung, atau penumpang dengan anak kecil jika terpaksa berdiri dalam setengah jam atau duduk atas kerusi keras, mereka sudah rasa kebas2 dan tak selesa.

perhatikan tren2 model baru JR, kebanyakan mempunyai tempat duduk bercirikan ergonomik iaitu mengambil bentuk lengkok badan.

800px-JR-east-Seatcolor-E233-1000

Untuk memudahkan “mereka” yang tak biasa menaiki keretapi memahami situasi ini. Cuba “mereka” bayangkan jika mereka memandu kereta atas kerusi plastik keras macam kerusi kat gerai makan atau pun kalau sebagai penumpang duduk atas kerusi plastik keras atau kerusi besi untuk perjalanan hampir sejam atau berjam2. “Mereka” sendiri pasti rasa tidak selesa. contoh:

386707_10150370756650875_672370874_8558185_1914687324_n

Agak2 orang “besar” sanggup tak naik kereta kalau dalam kereta tempat duduknya adalah kerusi plastik macam gambar di bawah. Tak da nya mereka sanggup … kah, kah, kah …

Top-10-Ways-to-Recycle-Plastic-Garden-Chairs-10

Contoh, terlajak kaya sikit, sikit2 nak menunjuk, sikit2 nak menunjuk … kah, kah, kah … kan dah kena.

23472328_1441885545907034_667966945953285904_n

Kenapa agaknya MRT, LRT, dan monorel menggunakan kerusi plastik atau kerusi besi? Salah satu sebabnya adalah maintainance free, kononnya la. Pengusaha2 keretapi di negara kita kalau boleh segala2nya mereka mahu maintainance free. Sebab itu bila breakdown, perkhidmatan tergendala dengan serius.

Fasiliti Asas

Untuk perjalanan yang jauh atau yang hampir sejam atau berjam2, fasiliti asas dalam tren amat2 diperlukan. Keperluan ini menjadi lebih serius jika kekerapan tren terlalu rendah, sejam atau berjam2, dan masa perjalanan antara dua stesen agak lama.

Misalnya: katakan penumpang tiba2 rasa ingin ke tandas selepas 10 minit perjalanan, stesen berikutnya lagi 30 minit. Jenuh la nak menahan …. Lagi tragis jika, kalau penumpang turun ke stesen berikutnya untuk melepas hajat. Masa untuk menunggu tren berikutnya sama ada sejam atau berjam2 lamanya. Jenuh la nak menunggu pula … Oleh sebab keadaan seperti ini, kejadian seperti gambar di bawah boleh berlaku dalam tren. Nak salahkan penumpang 100% pun tak boleh juga. oh! my goat ….

13165833_1119437501431365_4458090052839538018_n

sori, sori …. ya ampun! terpaksa post gambar tak senonoh, kalau tak bagi gambar real nanti ada pulak yang tak percaya benda ini benar2 pernah berlaku … tak geli ke woiii. ha, ha, ha …

ke kadang kami pun tak faham, adakah pengusaha dan pihak2 berautoriti membangunkan pengangkutan keretapi tanpa menggunakan akal? takkan tak boleh fikir itu ini … stesen nak nampak gah bagai nak rak, tapi keperluan2 penumpang dalam tren terabai.

Haaa!!! Jangan kata tidak ada pengusaha keretapi di dunia yang menyediakan kemudahan tandas dalam tren komuter dan local tren. kami ambil contoh negara keretapi, mereka mempunyai garis panduan tentang perkara ini. petikan dari “Technical Standard for Japanese Railway, Railway Bureau, Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism”

[Ministerial Ordinance]
(Structure of Passenger Car or Compartment)
Article 73. Passenger car or compartment shall comply with the following:
(1) Window of passenger car shall have sufficient strength, and when open, shall be free from the chance of contacting other facilities or endangering passenger to fall out;
(2) Passenger car shall be capable of required ventilation;
(3) Lightening facilities shall be installed for operation at night or in tunnels to keep passenger car or compartment properly illuminated even at the time of emergency;
(4) Isles shall provide safe and smooth passage of passengers;
(5) Seats or standing space for passengers shall secure safety, taking oscillation of train into consideration.
(6) Toilet shall be provided as needed.
(7) In addition to the aforementioned, passenger car shall be able to provide safe utility for passengers.

tambahan :
[Approved specification]
VIII-9 Relating Article 73 (Structure of Passenger Car or Compartment)
(Basic Items)
7 Toilets shall be as shown below.
(1) Toilets, for trains traveling long distances, etc., shall be installed based on the application of the rolling stock and the sections where it will be used.
(2) In principle, toilets shall be holding tank type (a type other than an open type).

1024px-JR_East_E231_series_EMU_1002

tandas dalam tren JR East, siri E231-1000. servis laluan : Ito Line, Joetsu Line, Ryōmō Line, Shonan-Shinjuku Line, Takasaki Line, Tokaido Main Line, Utsunomiya Line, Yokosuka Line, Gotemba Line, Tokaido Main Line

JR_East_E231_series_EMU_1003

bahagian dalam tandas, tren siri E233-3000. JR East. servis laluan : Tokaido Main Line Takasaki Line, Ryomo Line, Utsunomiya Line, Ueno-Tokyo Line, Shonan-Shinjuku Line

JR_East_E233-3000_-_rolling_stock_toilet_-_sep_18_2016

bahagian dalam tandas, tren siri E231-1000. JR-East.

JREast-E531-Interior-Toilet

Tandas dalam tren siri E531, JR East. servis laluan : Ueno-Tokyo Line, Jōban Line, Mito Line

EV-E800-1_sanitation

tandas dalam tren BEMU siri EV-E801, JR East. servis laluan : Ou Main Line, Oga Line

800px-JR_East_Kiha_E130_series_DMU_065

DMU siri KiHa 130, JR East. servis laluan : Suigun Line

JRW_series221_toilet(renewal)

tren siri 221, JR West. servis laluan : Tōkaidō Main Line, Sanyō Main Line, Hokuriku Main Line, Kosei Line, Akō Line

800px-JRWSrries225-5000-toilet

tandas dalam tren siri 225-5000, JR West. servis laluan : Osaka Loop Line, Hanwa Line, Kansai Airport Line, Kisei Main Line

Rekabentuk Tren Moden, Canggih, Futuristik

Kalau kita peminat kereta atau motosikal, bagaimana kita mentakrif sama ada sesebuah model kereta atau motosikal itu canggih dan moden. Kalau kita hanya melihat dari sudut luaran iaitu cover body, adakah motosikal di bawah di kira canggih, berkuasa besar dan hebat? kih, kih, kih …

Sudah tentu tidak bukan. Walaupun sekali pandang luaran nampak macam motosikal kuasa besar, tetapi basikal tetap basikal walaupun dihias sebegitu rupa. Senario ini sama juga dengan keretapi, kita tidak boleh menilai hanya dari reka bentuk luaran semata2.

Masa MRT dilancarkan ramai orang awam beranggapan tren itu serba moden, canggih, urban dan futuristik. Mungkin kami yang dahulu jika berada pada masa itu juga beranggapan serupa. mungkin je kan ….. hi, hi, hi …. Tapi bila kami banyak mengembara secara maya, studi sistem2 keretapi dan melihat pengangkutan keretapi di negara2 lain, barulah kami terjaga dalam lamunan. Selama ini kita hanya syok sendiri dan asyik tertipu dengan para pemimpin, politikus dan pihak2 berautoriti.

Kecanggihan dan nilai futuristik sesuatu model keretapi itu dinilai dari sudut sejauh mana ia mesra pengguna, keselesaan serta keperluan2 penumpang dititik beratkan mengikut servis dan jarak perjalanan, prestasi enjin, penjimatan tenaga, penggunaan tenaga yang efisien tanpa menjejaskan prestasi, ciri mesra alam, pelepasan Nox yang rendah, kawalan2 keselamatan, ciri2 automasi, kemudahan dalam kawalan2 keretapi dan sebagainya.

Reka bentuk luaran yang aerodinamik tidak penting dan tidak ada keperluan bagi tren biasa yang beroperasi pada kelajuan tidak lebih 100km/j. Penggunaan disc brake serta regenerative braking juga tidak penting dan tidak ada keperluan jika kelajuan operasi biasa tren sekitar 40km/j hingga 80km/j dan tidak cecah 100km/j pun. Dan standard kelajuan operasi tren pada jarak ±300m dari tanda henti tidak lebih dari 40km/j. Kih, kih, kih …

Walaupun pada zahirnya reka bentuk luaran tren MRT Sungai Buloh-Kajang nampak moden, ia sekadar “deco” atau hiasan. Reka bentuk itu bukannya futuristik kerana tiada nilai2 futuristik sebenar padanya. Sebaliknya design tren MRT yang dinampak macam canggih itu hanya sekadar design artistik dengan tema design moden. Tak lebih pada itu.

Tren tanpa pemandu tidak bermakna tren itu canggih. Kalau nak kira tren roller coaster juga tanpa pemandu, dan tren itu fungsinya sekadar untuk hiburan. hiburan je kan, kan, kan …. ha, ha, ha.

Canggih pa benda, bila berlaku kecemasan atau tren breakdown … penumpang terperangkap begitu lama dalam tren sementara menunggu arahan dari pusat kawalan. Ini bukannya tak pernah berlaku, ini dah banyak kali berlaku. Kalau ada staf terlatih, mungkin mereka dapat bertindak cepat. Tapi kat negara ini, tren yang ada staf bersama pun menyedihkan juga, macam mat pit yang lalok. Nak bertindak pun terhegeh2, masih tak tahu apa yang perlu dibuat/masih teragak2. Tak terlatih agaknya …

Kalau nak kira canggih, dari segi luaran tren maglev adalah tren moden yang canggih. Kelajuannya boleh melebihi 600km/j (chuõ shinkansen – jepun), kelajuan operasi maksimum tren komersial shanghai maglev adalah 430km/j. Tapi kan … takkan tren begitu canggih terlepas pandang keperluan asas yang sepatutnya terdapat dalam tren. Pakai kipas kotak, wayer sambung kat soket extension jer … masa design terlepas pandang ker? Contoh jer …

1024px-Shanghai_Maglev_Driver

Kat atas kita ada sebut pasal kerusi plastik sepital dalam tren MRT, dari segi keselesaan penumpang kerusi plastik sepital memang out. Standard kerusi plastik/stainless steel sepital juga digunakan dalam tren LRT RapidKL dan Monorel. Satu lagi tahu tak kenapa design tempat duduk dalam keretapi seperti ini perlu dielakkan. Lihat palang besi sebelah kerusi.

IMG_20170801_165155

masalah seperti ini mungkin boleh berlaku …

seatX0

seatX2

seatX3

seatX1

selesa ke kalau waktu tren sesak, punggung orang dekat dengan muka kita? macam kurang ajar pun ada juga. Asbab untuk cari pasal dan bergaduh. Mungkin sebab itu standard design tren2 moden/baru JR, dinding pengadang diletakkan untuk mengelak masalah seperti ini.

Tren MRT juga ada beberapa fitur baru seperti terdapat dalam design tren2 moden masa kini. Satu contohnya adalah LCD display warna, pemberitahuan yang lebih mesra pengguna, pintu mana yang akan dibuka dsb, dan tak lah terlampau lagak berskima sangat macam tren komuter. Tren komuter class 92 cuma ada LCD display untuk presentation slide powerpoint. … tu pun pihak berautoriti dah rasa canggih sangat dah.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Standard design tren moden hari ini, LCD display di pintu untuk fleksibiliti dalam pemberitahuan dan penyampaian maklumat.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Jalur kuning tactile paving (turapan sentuh) di pintu keretapi untuk OKU juga adalah satu standard dalam design tren moden, jalur ini juga terdapat di platform serta laluan2 pejalan kaki di stesen. Mungkin “mereka” terlepas pandang dalam design tren MRT ataupun “mereka” beranggapan orang buta boleh membezakan warna lantai. Ataupun “mereka” berandaian rakyat malaysia semuanya prihatin. Bagaimana jika dalam satu keadaan di mana tiada penumpang lain berhampiran OKU, sebab adakalanya tren tak berapa ada penumpang macam dalam gambar2 di atas? Staf dalam tren atau konduktor pun tak ada. Bagaimana?

458px-JR-east-Door-E233-1000

LCD di luar tren pula, bolehlah tapi tak berapa ada fungsi sebab destinasi haluan ada pada papan tanda platform. Tambah pula laluan keretapi hanya khusus untuk servis MRT itu sahaja dan tiada servis2 lain.

IMG_20170801_165508

LCD display di luar, destinasi tren. OK

berbeza daripada tren MRT di mana sistem tren stand alone, keperluan display laluan dan destinasi sangat diperlukan pada servis tren KTM komuter. Tren komuter KTMB kalau tak silap bukannya tak ada LCD display body luar tren, tapi ada pun macam tak ada. Paparan terlalu kecil, ansi lumen rendah (susah nak baca dalam cuaca cerah di siang hari), tulisan nipis warna merah (kalau tak silap satu warna je) dan maklumat terhad (nama destinasi terminal sahaja).

sesuai dengan kepelbagaian servis tren komuter di Jepun, paparan LCD luar jauh lebih informatif dan jelas.

800px-JR-east-E233-1000LED

paparan LCD untuk servis tren (local, rapid, special rapid dsb), nama laluan dan destinasi. ini penting kerana dalam satu laluan ada beberapa servis.

Nanbusyubetsu2Nanbusyubetsu4

orang guna kod warna laluan tren, kita pun buat juga. tapi kita punya kod laluan tak lebih dari hiasan, sedikit pun tidak membantu pengguna dan tidak mempunyai apa2 makna yang bermakna. Sebabnya rata2 sistem keretapi kita adalah jenis stand alone, MRT/LRT/monorel menggunakan laluan dan tren khusus bagi servisnya. Platform asing2 dan stesen pun berasingan, nak naik LRT pergi ke stesen LRT, nak naik LRT ke Kelana Jaya, pergi ke stesen LRT Kelana Jaya Line dan ambil tren ke Kelana Jaya. Jadi fungsi warna laluan tidak penting dan tidak bermakna apa2 kepada pengguna. Malah ramai pengguna tak perasan kewujudan kod warna laluan, sekali pandang, dua tiga kali pandang ingatkan sekadar hiasan corak warna pada sign board.

Lain lah kalau servis KTM komuter, keperluan kod warna tinggi. Sering kali pengguna boleh tersilap tren kerana tren laluan Pelabuhan Klang dan Seremban menggunakan rolling stock yang sama, tren berkongsi platform di stesen2 pertukaran, warna dan corak body tren sama, pendek kata semuanya serupa. LCD display kat luar pula susah nak baca. Kalau kat stesen sistem PA rosak, penumpang perlu pandai2 lah layan diri. Canggih betul tren class 92 buatan China itu, masa mula diperkenalkan bukan main bangga, kempen sakan, macam tren itu “tercanggih” kat dunia. kih, kih, kih …

Contoh praktikal, oleh kerana JR East mempunyai banyak servis laluan, servis komuter dan platform, kod jalur warna digunakan bagi membezakan servis laluan. Setiap jalur warna adalah khusus bagi suatu laluan servis. Contoh: oren Chuo Line, Biru Muda – Keihin-Tohoku Line, Hijau Muda – Yamanote Line, Jalur oren hijau – Tohoku Main Line (Utsunomiya Line, Takasaki Line, Shonan Shinjuku Line), Hijau dan hijau muda – Yokohama Line, Biru Tua – Joban Line dsb. Orang kampung kalau datang ke bandar, nak cari tren pun senang. Bila kata pak cik ambik tren jalur oren, senang je pakcik tu cari tren jalur oren. Tak gaduh nak tersilap naik tren putih berjalur2 dengan muka si kepit. “banyak sui lah itu muka ….”

Oooo … patutlah bilangan penumpang komuter makin menurun saban tahun, mungkin juga ramai yang nak termuntah tengok muka si kepit kat dinding komuter dan juga di stesen. naik muak dengan kelentongan si kepit yang kerjanya asyik kelepet. wekkk … ha, ha, ha.

JRE_E233Series

Kita negara pengguna, kita hanya membeli apa yang dirasakan bagus, ikut kata salesman, ikut trend, harga tender, selera orang politik, bla, bla, bla … dan mungkin juga ikut tender sampul ( syuh!!! jangan cakap kuat2). Lagi rendah harga, margin untung lagi besar wooo…. Kita tak wujudkan sesuatu itu betul2 berdasarkan keperluan2 kita mengikut suasana, keadaan, topografi, geografi, sosial atau senario di negara kita.

Lagi sedih, adakah pihak2 berautoriti mengetahui keperluan2 itu? sedangkan mereka sendiri boleh dikatakan tidak pernah menaiki keretapi. Fisibiliti studi ala “mereka”, trek2 spare, trek bypass, trek reserved, bla, bla, bla … atau railyard pada kaca mata mereka adalah trek yang tidak diguna pakai oleh KTMB. Katanya 40% trek tidak diguna pakai oleh KTMB, jadi mereka nak bagi kat operator kedua @ kroni2 mereka atau pun syarikat2 PRC kelak.

adakah trek2 kosong kat railyard ini tidak digunakan? isu sebenar, “mereka” yang salah design railyard ini. contoh railyard kat serendah, selangor.

contoh railyard kat Jepun, stesen Morioka. untuk stesen besar/terminal, railyard dibina sebelah atau berhampiran stesen.

dan stesen2 utama biasanya multi platform walaupun kat luar bandar.

Jauh beza kita dengan daripada negara2 pembuat, di mana di negara2 pembuat tren @ rolling stok, platform, stesen, sistem2 kawalan, keselamatan atau sistem pengangkutan keretapi secara keseluruhan direka bentuk dan dibina berdasarkan faktor2 keselesaan pengguna, kelancaran operasi dan juga trafik pengguna, nilai futuristik (mudah diupgrade mengikut keperluan di masa hadapan serta kerja upgrade dapat dilakukan dengan pantas tanpa mengganggu operasi2 tren sedia ada atau gangguan seminimum mungkin, kos upgrade jauh lebih rendah kerana ciri fleksibiliti walaupun binaan tetap) dan sebagainya.

Contoh kerja upgrade bahagian akhir dalam satu malam sahaja.

Aku ambil satu contoh. Dulu aku pun tertanya juga kenapa kat jepun standard daun pintu keretapi slide dalam dinding tren, manakala tren kita/eropah daun pintu slide di luar body tren. Baik tren MRT, mahupun LRT Putra, LRT Star, komuter baru dan lama, semua sama. Kenapa ye?

IMG_0962039

Bila baca garis panduan teknikal standard keretapi jepun, rasanya boleh faham … mereka mahu memaksimumkan penggunaan setiap inci ruang dalaman relatif kepada saiz/lebar tren. Oleh itu walaupun lebar tren terbatas kepada 2.95 meter maksimum bagi tren domestik, saiz ruang dalaman lebih lebar berbanding tren kita. KTM komuter Class 92, lebar tren 2.75 meter. Kalau tolak tebal dinding campur tebal pintu, berapa baki lebar untuk ruang dalaman tren? Contoh, andaikan jarak daun pintu dari titik tengah adalah sama. Perhatikan perbezaan ruang dalaman.

width

Ruang dalam lebih lebar untuk keselesaan penumpang dan boleh muat lebih ramai penumpang waktu tren sesak. Ruang siling yang lebih tinggi untuk pengudaraan yang lebih baik waktu tren sesak dan juga ruang pengiklanan.

Oleh kerana design tren kita banyak ikut selera orang politik atau orang besar, banyak benda yang kita kerugian. Jangan tanya kenapa pengusaha perkhidmatan keretapi gagal menjana profit menerusi pengiklanan, dari awal lagi kita banyak buat silap. Kalau dalam tren kita mempunyai ruang dan kemudahan pengiklanan yang baik, mungkin pengusaha tempatan boleh menjana profit dengan lebih baik. Lihat laporan tahunan JR East, sektor sewaan dan servis (termasuk pengiklanan).

デジタルサイネージ

adv1adv2

adv3

Rata2 tren baru direkabentuk untuk perjalanan yang lebih selesa berbanding model2 tren terdahulu. Sebagai contoh fitur dalam siri E233, https://en.wikipedia.org/wiki/E233_series#Design. “This stock also features an air filtration system to remove unpleasant smells.“. Satu fitur yang sangat diperlukan dalam tren komuter yang sesak, tambah pula ramai warga asing. Maaf! bukan nak menghina tapi ini masalah mentaliti sebilangan warga asing itu sendiri terutama dari negara2 tertentu. Oksigen, oksigen, oksigen,  … plz. ha, ha, ha …

Fitur2 Dalaman Tren Moden

Orang kita melihat kecanggihan tren pada design body tren yang nampak moden, padahal biasa2 jer. kalau nak betul2 canggih jom cuci mata tengok teknologi2 dalam rekabentuk keretapi moden.

640px-JR_East_E233_series_EMU_1001

cuba teka apa benda ini?

800px-TIMS_box_E233_1000

cuba teka apa benda ini? apa fungsi kotak2 besi ini?

Yang pertama itu adalah Ultrasonic Platform Sensor untuk mengesan platform, ia digunakan bagi memudahkan pemandu mengawal brek semasa berhenti walaupun masa mula memasuki pada kelajuan agak tinggi, ~ 60 – 80km/j. Ia juga membantu pemandu berhenti tepat pada tanda berhenti.

Yang kedua adalah kotak TIMS. TIMS adalah singkatan kepada Train Integrated Management System. Maklumat lanjut pasal benda ini boleh rujuk ke http://www.mitsubishielectric.com/bu/transportation/rolling/jyouhou/tougou_kanri_tims/concept/tims_concept.html

Train Integrated Management System(TIMS) is a train information system that performs continuous monitoring of control information in the driving cab and in instruments for monitoring as well as checks on train status to ease the burden on operators and conductors, to properly provide emergency information to the train crew and to streamline the checking procedure.

With integrated control of train-mounted devices using software logic and serial transmission, the system makes the train car system simpler and more reliable, establishing an optimal train car system.

tims_dg

Aku perasan benda ini semasa pembangunan aplikasi GB Maps, aku banyak test drive guna tren E231-1000 dalam simulator BVE. Kalau tak silap aku, dengan sistem ini juga mereka boleh reschedule (menjadualkan semula) perjalanan keseluruhan tren dalam servis laluan jika apa2 berlaku dan servis tergendala untuk beberapa ketika.

2013-11-22-09_12_20-openBVE

Balik pasal teknologi dalam design tren2 moden. Petikan daripada laporan tahunan JR East 2017.

rpt3rpt4rpt1rpt2

Satu lagi perkara yang diperlukan dalam rekabentuk tren baru adalah kecekapan penggunaan tenaga/bahan api. Perkara ini sama dengan jentera kenderaan lain, termasuk kereta, truk, motosikal dsb-nya. Tak banyak maklumat dapat pasal ini …

  • KTM Class 92 (tren komuter 6 car buatan CSR Zhuzhuo China, kapasiti 1118 penumpang) : 3200 kW / unit (4 car ada motor, 2 car tanpa motor)
  • JR East siri E217 (11 car + 4 car, kelajuan maksimum operasi sama dengan KTM komuter di atas iaitu 120km/j) : 1,520 kW, output motor utama = 95kW, nisbah gear = 16: 97 (1: 6.06), 6 car motor & 7 trailer
  • JR East siri E231 (10 car / 5 car + 10 car / 11 car, kapasiti 10+5car = 2,167) : motor penarik MT73, 95kW/kumpulan, nisbah gear = 1 : 7.07
  • JR East siri E233 (8 car/10car/15 car, kelajuan maksimum 120km/j, kapasiti 10car = 1,564 penumpang, 6+10 car = 1,528, 8 car = 1,244, 6 car = 924, 10+5car = 2,024) : 3,360 kW (6M4T ~ 6 car motor & 4 car trailer @ tanpa motor), motor penarik MT75 (140kW/kumpulan), nisbah gear 1:6.06
  • JR East siri E235 (11car, model baru, kapasiti 1,724 penumpang) : motor penarik MT79 (140kW), nisbah gear = 1 : 7.07, 4 motor  × 140kW × 6 car = 2,880kW (? tak pasti)
  • JR East siri E531 (10+5car, dwi power AC/DC, kelajuan maksimum operasi 130km/j, kapasiti = 1,412 + 760 = 2,172 penumpang) : 2,240kW(4M6T)+ 1,120kW(2M3T)= 3,360 kW, motor penarik MT75 (140kW/kumpulan), nisbah gear 1:6.06

Adeh maklumat yang dapat tak konsisten, jadi susah nak buat rumusan dengan jelas. Secara kasar apa yang boleh kita ambil perhatian adalah tentang kecekapan penggunaan tenaga. Jika tren komuter E217 15car dengan kapasiti penumpang dianggarkan lebih daripada 2,000 orang, dari segi penggunaan tenaga 52.5% lebih rendah dari tren komuter. Begitu juga dengan siri2 lain, penggunaan tenaganya secara relatif lebih rendah berbanding tren komuter class 92. 15 car ~ 3,360 kW, 4 motor ~ 2,240 kW manakala KTM class 92, 6 car, 4 motor = 3,200 kW.

Secara relatif lebih banyak tenaga digunakan, maka kos operasi bagi larian tren komuter lebih tinggi. Manakala kapasiti penumpang yang lebih rendah, maka perolehan per larian tren komuter juga lebih rendah. Faktor ini juga boleh diambil kira sebagai salah satu sebab kenapa KTMB gagal menjana keuntungan bersih, kos operasi tinggi dan pendapatan kurang. Malah pendapatan lebih rendah daripada kos operasi. Bagaimana JR East? profit ke tidak?

rpt8rpt9

Ada satu lagi perkara menarik untuk diambil perhatian, iaitu bagaimana JR East mengurangkan kos operasi mereka … mungkin KTMB boleh belajar dari mereka. TETAPI pak menteri mungkin tak suka kerana …

rpt5rpt6rpt7

Pengiklanan

perhatikan gambar2 dalam tren2 komuter dan local jepun di atas, kalau anda perasan dalam tren penuh dengan iklan2 sama ada dalam bentuk poster atau on skrin. perasan tak siling tren agak tinggi berbanding dengan tren kita dan juga kebanyakan negara. selain dari ruang pengudaraan, ia juga menjadi ruang iklan yang lebih besar. jauh beza jika dibandingkan dengan tren2 kita … banyak faktor diambil kira termasuk ruang pengiklanan yang mudah dilihat walau dalam tren yang sesak gila. kalau berdiri dalam tren yang sesak, tak ada apa nak buat … mahu tak mahu, penumpang pasti terpandang dan terbaca iklan tu. hi, hi, hi …

800px-JR%u2010east-E233-1000inside

meriah betul dengan iklan. oleh kerana bilangan penumpang sangat tinggi, pengiklanan dalam tren boleh jadi efektif.

800px-JR-east-Seat-E233-1000

bukan lorong tengah je beriklan, kat tepi pun penuh iklan2 … fuhh …

800px-JR-West321(2)800px-JRW_225-display

21752057_2019771801591223_8198344773548995610_n

satu kaedah pengiklanan yang baik, dalam tren di Korea Selatan. gambar dari FB Halal Korea.

oleh kerana negara Indonesia banyak mengguna semula tren2 dari negara Jepun, kelebihan tren jepun juga dimanfaatkan dalam pengiklanan di negara mereka. wahhh … nampaknya negara kita yang ketinggalan, dah la makin mundur ke belakang. jadi jangan tanya kenapa perkhidmatan keretapi kita tak berapa nak profit @ rugi, kita tidak belajar daripada mereka yang berpengalaman dan berjaya.

sebaliknya negara kita membuta tuli mengikuti dunia barat secara taksub dan malas nak berfikir sendiri. satu lagi masalah adalah budaya menyembah pemimpin @ orang besar dari generasi ke generasi, kononnya “mereka” itu boleh memberikan atau mencipta keajaiban. yang boleh memperbaiki kehidupan masyarakat dan mencipta ketamadunan itu adalah ilmu pengetahuan. manakala “pemimpin ajaib” hanya mencampakkan manusia dalam era kegelapan.

170921せかたびジャカルタ-11-870x580170921せかたびジャカルタ-14-870x580

sebenarnya pengusaha keretapi boleh menjana banyak profit sampingan dari pengiklanan. ingat lagi masa era zaman bas Sri Jaya (SJ) menguasai pengangkutan awam di KL dan PJ, satu body bas ditampal iklan penuh … ada bas iklan Ridsect, bas iklan supermarket, iklan itu ini dan banyak lagi …

kenapa permintaan pengiklanan dalam keretapi tempatan rendah? mungkin tak berbaloi harga dengan ridership yang rendah … lagi pun ruang2 iklan agak tersorok, mereka yang terdekat sahaja boleh baca. Jadi kaedah pengiklanan dalam tren2 tempatan nampak macam tak efektif dan sukar dilakukan. nak buat macam mana, kita terlalu banyak buat kesilapan dari awal lagi … made in …. tak la hebat mana pun, kah, kah, kah … .

berapakah ketinggian syiling dalam keretapi jepun? lihat gambar di bawah. jumlah ketinggian adalah 3.98 meter, ketinggian body tren sahaja tanpa aircond dan pantograf 3.62 meter.

ha, ha, ha …. ini lawak ke tension tahap gaban …. kalau tension2, mainlah fidget …

21371043_1467922909961573_5926930748128765981_n

kalau hiper tension, ikut nasihat pak arab ni … ha, ha, ha …

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Asyik cerita pasal keretapi di Semenanjung, ingin kami membawakan sedikit cerita tentang keretapi di Sabah. Nampaknya, salah cara memajukan pengangkutan keretapi di malaysia adalah dengan stesen2 yang gah. kalau difikirkan stesen yang gah itu bukan untuk keselesaan penumpang kerana sepatutnya penumpang berada lebih lama di dalam keretapi berbanding di stesen. Yang berada lama di stesen adalah kakitangan2 stesen dan peniaga2 yang berniaga di stesen. betul kan? maksudnya adakah itu untuk keselesaan kakitangan dan pihak pengurusan keretapi?

14522822_1098576960179169_3532215333850464601_n

14494784_1098576976845834_950330875328863698_n

ruang kosong yang luas untuk apa?

14440648_1098577020179163_5358123721268165780_n

tema design, gaya moden

14462762_1098576933512505_238590259703534925_n

tren baru … satu gerabak jer? stesen besar gila?

14495476_1447903831891589_56139861779377817_n

tren ini refurbished dari siri KiHa 8500. harap tak claim sebagai tren baru dengan harga tinggi. link : https://en.wikipedia.org/wiki/Meitetsu_KiHa_8500_series

10177862_653824027987800_1976698203_n

tak tahu keadaan ini masih berlaku lagi atau tidak, orang sabah sila komen …

17264230_1431784460174119_6505888093186933800_n

kata owner gambar kat FB : “Tak pernah rasa mabuk free naik keretapi….ini kali dpt rasa mabuk free sbb goncangan yg boleh keluar segala isi perut…..tiga hari lepas den naik, gerabak ni terjun sg padas….. Allahuakbar…..” 10 Mac 2017?

20246160_1586784351365022_2395509202687626070_n

tren tak cukup, guna gerabak keretapi barang? 1 Jan 2016. nampak macam ada pelancong dalam tren.

21557455_10214155797508307_1535323300696114385_n

inikah keretapinya?

17200867_1431774083508490_6062344264261901694_n

Once upon a time….. kata owner pic

Korupsi

macam semenanjung juga, kalau dana2 pembangunan tidak diselewengkan politikus dan pihak2 berautoriti … rakyat boleh menikmati pelbagai kemajuan dan keselesaan termasuk dalam pengangkutan keretapi. tah apa cerita kes ini …

skandal air sabah-772327

jadi orang sabah & sarawak tak perlulah mengapi2kan sentimen anti semenanjung atau anti orang semenanjung. bukan orang semenanjung yang mencuri harta kekayaan negeri kamu TETAPI yang mencuri itu adalah orang2 politik di sana dan juga di sini. pembangunan yang mereka buat terutama di Lembah Klang itu bukan betul2 untuk rakyat, sebaliknya untuk perniagaan2 mereka sendiri. kalau permintaan dari rakyat marhaen rendah, mereka import berjuta warga asing bagi merancakkan business2 mereka.

negeri terengganu misalnya walaupun kaya hasil minyak, ia adalah antara negeri termiskin di negara kita. negeri kelantan pula minyak digali di perairan negerinya, tetapi royalti minyak negeri dinafikan 100%. jadi ini bukan isu orang semenanjung merompak kekayaan bumi sabah & sarawak untuk mengayakan dan memberi kesenangan kepada orang2 semenanjung. ini masalah korupsi dan kerajaan penyamun. harap boleh faham … dan harap negeri sabah dan sarawak tidak lagi menjadi fixed deposit untuk kerajaan penyamun.

Kos laluan MRT Sungai Buloh – Kajang

Sebelum penutup, kami nak bincang sikit pasal kos laluan MRT Sungai Buloh – Kajang bernilai RM21 bilion untuk 51km dan kelajuan operasi tak lebih dari 95km/j.

Dalam artikel lama kami ada bagi tau kos laluan Hokuriku Shinkansen adalah RM52bilion untuk jarak 228km, dan kelajuan operasi 260km/j. Hokuriku Shinkansen adalah trenlaju atau high speed train. Laluan merentasi bandar2 besar, tanah tinggi, sungai, banjaran bukit-bukau dan gunung ganang. Trek laluan adalah eleveted, atas tanah berpagar khas, terowong2 panjang, dilengkapi penghadang bunyi dan juga penggera amaran gempa bumi. Jadi tren dapat berhenti sebelum gegaran sampai dan meminimumkan kerosakan serta kemalangan.

Sebagai bandingan kos:

Kos laluan MRT : RM411 juta/km
Kos laluan Hokuriku Shinkansen : RM228 juta /km
Perbezaan kos per KM : -RM183.7 juta/km

Kos laluan Hokuriku Shinkansen untuk 51km : RM11 bilion

Secara teknikal, laluan Hokuriku Shinkansen adalah trek khas untuk tren berkelajuan tinggi, ia lebih kompleks, canggih, pelarasan jitu bagi aras setiap sambungan rel, noise pollution control, mempunyai sistem kawalan dan keselamatan yang rumit dsb. Tapi kos MRT jauh lebih tinggi daripada Hokuriku Shinkansen.

Kalau benar kos MRT itu dalam RM21 bilion maka kita telah bazirkan lebih daripada RM10 bilion. Dengan kos itu kita boleh bina servis2 tren komuter pada harga lebih rendah, kelajuan operasi lebih tinggi dan dengan bangunan stesen standard basic. Dan paling penting kita boleh wujudkan jaringan2 laluan keretapi bersepadu. Kalau si kepit menipu, maka lebih banyaklah kos yang dibazirkan dan disapu oleh si kepit & co. Hu, hu, hu …

Ha, ha, ha … ingatkan topik ini ringan2 jer, bila nak tulis subjek ini juga berantai-rantai. Betul lah kot kata orang, dari jauh semuanya nampak mudah. Harap maaf!

Bersambung lagi dalam siri seterusnya, انشاء الله.

またね (Jumpa lagi) ….

Coretan Al-Kimia
(14 November 2017)

Rujukan

  1. https://www.wonderslist.com/10-most-amazing-railway-stations-in-the-world/
  2. http://www.zaha-hadid.com/architecture/king-abdullah-financial-district-metro-station/#
  3. https://xalkimia.wordpress.com/2014/11/12/sekadar-update-2014-untuk-railfan-dan-nihonfan-_v/#more-5454
  4. https://en.wikipedia.org/wiki/KTM_Class_92
  5. https://en.wikipedia.org/wiki/E231_series
  6. https://ja.wikipedia.org/wiki/JR%E6%9D%B1%E6%97%A5%E6%9C%ACE231%E7%B3%BB%E9%9B%BB%E8%BB%8A
  7. https://en.wikipedia.org/wiki/E233_series
  8. https://ja.wikipedia.org/wiki/JR%E6%9D%B1%E6%97%A5%E6%9C%ACE233%E7%B3%BB%E9%9B%BB%E8%BB%8A
  9. https://en.wikipedia.org/wiki/E217_series
  10. https://ja.wikipedia.org/wiki/JR%E6%9D%B1%E6%97%A5%E6%9C%ACE217%E7%B3%BB%E9%9B%BB%E8%BB%8A
  11. https://en.wikipedia.org/wiki/E531_series
  12. https://ja.wikipedia.org/wiki/JR%E6%9D%B1%E6%97%A5%E6%9C%ACE531%E7%B3%BB%E9%9B%BB%E8%BB%8A
  13. https://en.wikipedia.org/wiki/E235_series
  14. https://ja.wikipedia.org/wiki/JR%E6%9D%B1%E6%97%A5%E6%9C%ACE235%E7%B3%BB%E9%9B%BB%E8%BB%8A

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.

Semua ilustrasi, gambar, video dan animasi adalah hakcipta pemilik asal masing2, sama ada dinyatakan pada watermark atau tidak. Ilustrasi, gambar, dan animasi karya kami sendiri ditandakan dengan watermark URL laman web ini (xalkimia.wordpress.com). Terbitan semula posting ini yang disalin hampir 100% ke blog sendiri atau apa2 media sebagai karya sendiri adalah dilarang sama sekali. Posting ini dilesenkan kepada umum di bawah lesen Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.

Posted on 14 November 2017, in Politik, Railfans, Umum. Bookmark the permalink. Ulasan Dimatikan pada Sistem Pengangkutan Keretapi – Bhg 4.

Komentar ditutup.