Ruqyah terapi@rawatan sihir dan gangguan jin


(sambungan daripada artikel “ Memahami tentang sihir serta gangguan jin, hantu dan syaitan“)

Memerangi Tukang Sihir dan sekutunya

Kegagalan umat Islam memerangi tukang sihir dan tidak menganggap ia sebagai satu ancaman menyebabkan lebih ramai golongan yang tersesat dan apatah lagi kini apabila dibajakan lagi dengan cerita2 mistik di TV, bertambah ramailah golongan yang bodoh di dalam masyarakat beranggapan sihir atau perkara2 mistik itu sesuatu yang hebat, berkuasa, dan mereka mungkin akan menjadi superman atau ultraman jika dapat menguasai ilmu2 sihir hingga ke tahap dewa. Maka terdengar lah kisah2 tentang ayah pin laknatullah dengan kerajaan langitnya, bomoh susu babi dan macam2 lagi.

Aku juga mempunyai pengalaman dengan golongan yang bodoh ini, di mana mereka itu bukan orang luar, sebaliknya mempunyai pertalian darah dengan aku. Aku tak boleh menganggap mereka sebagai sanak saudara kerana mereka adalah kaum musyrikin, jahiliah melayu. Kami melaknati tukang2 sihir serta sekutu2nya dengan laknat Allah SWT dan kami berlindung kepada Allah SWT dari kejahatan mereka. Sebagaimana Rasullullah SAW melaknati ifrit dengan laknat Allah SWT yang cuba memudaratkan dan menganggunya ketika baginda sedang solat.

Pengalaman sendiri dengan musyrikin melayu

Satu dua pengalaman boleh dianggap sebagai prasangka, 10-20 pengalaman juga boleh dianggap prasangka tetapi lebih daripada 30 tahun pengalaman dan kebanyakkannya diakui oleh mereka sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan percakapan, perbuatan dan juga amalan keluarga mereka.

Dari tinggal kota raya hingga ke taman perkuburan, kejahatan mereka (si tukang-tukang sihir) tidak dapat disembunyikan lagi. Jika dahulu mereka boleh bermain menarik rambut dalam tepung dan siapa yang mengetahui kejahatan mereka, dibunuhnya dengan cara sihir menikam jantung secara remote. Pergi berubat sana sini, akhirnya mereka yang benar2 cuba membantu juga terpaksa menarik diri kerana mereka juga diserang dengan syaitan suruhan yang busuk dan hudoh. Salah satu sebab kenapa ramai pengamal perubatan alternatif cuba mengelak diri, akhirnya baru dapat kami fahami kerana di antara mereka yang bermain api adalah mereka yang kami percayai dan sangat rapat dengannya. Jadi segala gerak-geri kami dari awal2 lagi telah ketahui musyrikin2 ini.

CCTV

Satu dilema yang kami hadapi dalam keluarga kami, kesulitan untuk bersembang atau berbicara sesama sendiri tentang sesuatu usaha atau pekerjaan yang sedang dilakukan,  perkara2 yang ingin dilakukan atau sedang laksanakan. Biasanya bila berbicara, segala usaha yang sedang dilakukan akan gagal dan perkara2 yang ingin dilakukan terpaksa dihentikan, kebuntuan atau tak menjadi.

Lebih menarik lagi apabila kami berbicara sesama sendiri tentang sesuatu, kisah itu dan ini, kemudian ada saudara mara datang ke rumah kami menceritakan itu dan ini (cerita yang lebih kurang sama), seolah2 untuk menunjukkan yang mereka lebih hebat daripada kami. Kami cerita sesama sendiri mengenai si polan2 (ada nama dan darjat), bila mereka datang ke rumah kami, mereka juga kenal si polan2 itu yang ada darjat, mereka juga lebih hebat. Kami berbicara semasa sendiri mengkaji tentang keturunan, selang dua tiga hari mereka datang ke rumah kami, mereka pun menceritakan tentang keturunan mereka berasal dari bangsawan *beep* sebagai tajuk cerita.  Apabila kami memaki mengatakan tukang2 sihir ini ahli neraka, esok-lusa “tup-tup” mereka datang membawa cerita mereka sudah tak bimbang lagi dengan kematian kerana mereka sudah terlalu banyak membuat kebajikan, menolong orang sana sini.

Paling ketara bila kami buat suatu bisness dan nampak mengalakkan sehingga satu ketika, apabila kami promote produk itu pada mereka, mereka menolak dengan macam2 cerita yang melekehkan dan esok serta hari2 seterusnya bisness itu merudum ke tahap longkang dan akhirnya ditutup.

Ada yang beranggapan kami ini terlalu percayakan seolah2 benda sihir itu berkuasa. Adakah jin dan syaitan itu boleh memudaratkan manusia? Tapi bila difikirkan balik, jika manusia yang berdengki ingin mensabotaj orang yang didengkinya, dia boleh mensobotaj dengan kedua belah tangannya, menggunakan senjata atau tidak,  atau melalui orang lain, atau dengan hasutan, atau dengan perbuatan khianat dan sebagainya. Jika manusia boleh memudaratkan manusia yang lain, apakah jin@syaitan tidak mampu@mustahil boleh memudaratkan manusia atau sesama bangsa mereka sendiri? Apa makna berkuasa sebenarnya?

Seorang manusia berkuasa atau mempunyai tenaga untuk melakukan sesuatu kejahatan, dia diberi kuasa untuk memilih pilihan yang baik atau pilihan yang buruk (kejahatan) dalam hidupnya, tetapi segala yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Jadi apa beza dengan sihir, perantaraan sihir adalah jin dan syaitan, manusia menganggap sihir itu seperti suatu keajaiban kerana dia tak nampak tangan2 jin@syaitan yang bermain sihir, serta mereka tidak dapat mendengar bisikan jin/syaitan di telinga seperti bunyi biasa.

Adakah jin@syaitan itu berkuasa? Ya, mereka juga berkuasa, berkuasa untuk memilih jalan hidup yang baik dan jalan hidup yang buruk, dan hanya dengan izin Allah SWT sama ada kebaikkan atau kejahatan yang dipilih itu berlaku. Kejahatan yang dilakukan oleh mereka yang berbuat jahat adalah ujian serta dugaan kepada mereka yang dianiayai atau dizalimi. Ada kebaikan ada kejahatan, ada manusia ada syaitan & iblis, ada pahala ada dosa dan ada syurga ada neraka. Tidaklah Allah SWT menjadikan setiap sesuatu itu sekadar sia2 dan perkara ini telah pun diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. Al-Baqaroh : 102.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Al-Imran : 191.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” Al-Baqoroh : 217.

Berbalik kepada cerita tentang pasang telinga dan mata2. Bagi mereka (tetamu) yang boleh nampak jin@hantu (atau mempunyai saka), mereka mengatakan mereka ternampak kelibat2 lembaga hitam di dalam rumah dan juga sekitar luar rumah. Ada juga mereka (tetamu) yang bersaka mengatakan ia nampak banyak makhluk ini sekeliling rumah kami, dengan pelbagai rupa dan ada yang berupa seperti seseorang, dua orang (berwarna hijau) … Inilah mahkluk2 yang dikirim atau yang ditinggalkan setiap kali mereka (si tukang2 sihir itu) menziarahi kami terutama semasa hari raya. Syaitan2 inilah yang ditugaskan sebagai CCTV yang melaporkan aktiviti2 kami kepada si tukang2 sihir itu.

Memang mulanya kami tak sedar, kami anggap mereka sebagai saudara mara dan setiap kali mereka datang, mereka mesti bertanya ada sakit sini sakit situ tak, kemudian mereka kononnya beri petua. Yalah dia tu tok bomoh@tukang urut yang hebat, setiap kali mari mesti cerita tentang kehebatan dia dan saka dia, sana sini orang panggil, cerita hantu nak ganggu dia, keluarga dia, ada orang nak tuju2 kat dia, mereka hebat itu, hebat ini … Masalahnya kami tak berminat dengan benda2 macam tu, jadi kami tak ambil kisah, sekadar dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa mereka bengang dengan kami kerana enggan tunduk dan mengakui kehebatan mereka.

Penyiasatan, siapakah yang terlibat?

Satu ketika dahulu ketika aku masih di bangku sekolah, kami sekeluarga sering jatuh sakit. Sakit silih berganti lepas seorang2, hinggakan boleh menjejaskan pengajian di bangku sekolah. Adik aku misalnya ketika mengambil ujian Penilaian Darjah 5, mengalami demam panas tetapi digagahi untuk mengambil peperiksaan itu.

Ketika aku mengaji di u dulu, sebagaimana keluarga kami aku juga sering jatuh sakit, selalu demam dan lain2. Ada member kelas aku yang mulut celaka sikit, kata aku kena “aids” (kurang daya ketahanan melawan penyakit).

Permainan sihir si tukang2 sihir yang kami tak sedar pada masa itu adalah permainan baling batu sembunyi tangan. Tetamu (si tukang sihir) baling batu kepada jiran2 kami dan jiran2 kami yang jahiliah menyangka kami yang melakukan sihir atau membela jin itu, kemudian mereka membalas dengan macam2 bentuk sihir dan ada yang berbentuk percubaan untuk membunuh. Jadi tak hairanlah kami sekeluarga sering sakit demam semasa tinggal di flat. Ketika kami sekeluarga bercadang untuk pindah keluar dari flat, ada si polan datang memujuk supaya tidak perlu pindah dengan alasan itu, alasan ini.

Ketika tinggal di flat, banyak benda2 pelik berlaku antaranya dinding batu sering berbunyi seperti lantai kayu@buluh yang dipijak. Adik aku yang masih belum bersekolah mengalami demam panas yang agak teruk, aku bacakan yassin kepadanya, alhamdulillah dengan izin Allah, keesokkannya sembuh dan boleh melompat bermain seperti biasa. Ini adalah salah satu tanda bukan sakit biasa.

Semasa dalam pengajian, aku pernah berdoa di bulan Ramadhan meminta perlindungan Allah SWT daripada musuh2 yang diketahui dan juga musuh2 yang tak diketahui, serta ditunjukkan musuh2 yang kami terlepas pandang. Dengan izin Allah, aku diberi petunjuk dalam mimpi tentang si polan serta keluarganya yang sangat baik dan rapat dengan kami, cuba melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan.

Bila difikirkan semula memang terdapat suasana pelik di mana bapa mereka terlalu baik dan rapat dengan kami, sebaliknya anak2nya atau sepupu2 kami yang menjadi teman sepermainan sewaktu zaman kanak2, tidak begitu mesra, nampak seperti membenci dan berdengki. Bukan seorang malah hampir semua kecuali yang masih kecil, tetapi bila sudah besar sikit dia juga bersikap dengan sikap yang sama. Jika seluruh keluarga mempunyai berperangai stereotaip dan bermuka2, boleh diandaikan ia mempunyai kaitan dengan didikan kedua ibu bapa mereka.

Dalam satu perjalanan jauh adik aku bersama beberapa orang rakan2nya menaiki kereta. Dalam perjalanan itu seekor belalang “pelesit” singgah di cermin kereta, mereka cuba halau dengan wiper dan disangka mereka belalang pelesit itu telah dicampakkan tetapi sebenarnya ia hinggap ke bumbung kereta. Keadaan ini disedari sewaktu berhenti dan adik aku cuba menghalau dengan gulungan akhbar. Ketika belalang itu dipukul adik aku kata dia ternampak pontianak yang tersenyum kepuasan dan sambil mengulung2 rambutnya dengan jari. Apa yang lebih mengejutkan rupa pontianak adalah seperti rupa bomoh betina itu (mak sdr kami, yang selalu menceritakan kehebatan saka bomohnya itu), cuma rupanya hudoh macam hantu … err … memang hantu pun. Segala urusan perkerjaan mereka sepanjang hari itu semuanya gagal dan sia2.

Adik aku berkebolehan untuk melihat kelibat2 spesis jin@syaitan ini (tak pasti sama ada secara jelas tau tidak) dan merasai kehadiran mereka. Akan tetapi selepas bersalaman (salam terpaksa dengan genggaman yang kuat) dengan sepupu anak si polan tadi, deria “six-sense” itu seperti sudah hilang. Dia kata sudah tidak nampak dan mengesan kehadiran makhluk2 ini lagi. Kelakuan sepupu itu yang terhegeh2 dan tindak tanduknya nampak mencurigai, kami syaki sepupu itu cuba mempraktikkan ilmu2 sesat yang dipelajari daripada bapanya.

Terang2an

Aku cuba menyiasat dengan mencantumkan serpihan2 memori aku dan juga maklumat2 yang dikumpulkan.

  • Aku teringat si polan itu pernah menanam sesuatu semasa bakar sampah di kawasan rumah kami.
  • Ada si polan yang baru sahaja datang, apabila masuk ke rumah, dia terus meluru ke dapur meski pun tiada apa yang di masak atau telah di masak di dapur.
  • Ada si polan yang cuba membuang sesuatu di belakang rumah mengikut pintu dapur, dia terkejut bila ada orang kat dapur dan terus berpatah balik dan terus keluar rumah.
  • Ada si polan yang mari dengan keluarganya, rumahnya tak lah jauh sangat (kira2 30 – 40km) dari rumah kami, tetapi setiap kali mari bila sampai anak lelaki dia mesti mandi di bilik air sebelah ruang tamu. Agak lama juga dia berada di dalam bilik air.
  • Ada si polan yang mari ke rumah kami, apa saja buah tangan seperti tanaman yang kami beri semasa dia nak balik, semua ditolaknya.
  • Ada si polan yang minum sambil meletakkan jari di bawah gelas, ingat orang nak santau dia?
  • Ada si polan yang datang ke rumah, sering kali didapati dia menghentak2kan tumit kaki sebanyak 3x (jika tak silap) di ruang tamu.
  • Ada si polan yang datang ke rumah tetapi dia tidak terus masuk ke dalam rumah, sebaliknya berlegar2 keliling luar kawasan rumah sebelum masuk ke dalam.
  • Ada si polan yang datang dari jauh semata2 menghantar buah limau mandrin, tapi tak singgah masuk pun.
  • Ada si polan yang datang tetapi seperti gelisah mendengar rakaman ruqyah yang dimainkan dalam rumah kami.
  • Ada si polan yang datang berada di luar rumah memandang ke arah tanam2an sekeliling rumah, dengan mulut terkumat kamit. Yang menarik tanam2man yang kami tanam, jenuh  kami menjaganya dari serangan makhluk perosak, hasil tanaman kurang dan tidak menjadi. Kami kena baca yassin, siram pokok dengan air yassin, baca ruqyah pada tanam2an, dengan izin Allah SWT barulah tanaman itu mengeluarkan hasil. Sebaliknya pokok yang ditanam oleh si polan itu, campaklah kat mana pun ia akan tumbuh segar dan sihat tanpa gangguan makhluk perosak, walaupun adalah pokok yang sama dengan kami tanam.
  • Abang aku pernah menceritakan zaman kecil2 dulu, ketika bermalam di rumah seorang bapa sdr kami … satu malam itu dia tidak boleh tidur kerana nampak buaian yang berayun yang diikat pada atap zink yang agak tinggi dan nampak tali buaian itu makin lama makin panjang dan turun ke bawah. Kemudian bapa sdr itu datang bertanya “susah nak tidur ke?”, lepas 2 dia jampi2, lepas 2 baru boleh tidur.

Hint pengamal2 perubatan alternatif

Selain itu daripada kiasan2 pengamal2 perubatan alternatif bila disatukan ia seperti mempunyai kaitan dan petunjuk. Misalnya, “serai serumpun”, “mereka itu mahukan sesuatu yang ada pada kami” dan juga tindakan sebilangan pengamal2 perubatan alternatif yang cuba mengelak selepas rawatan pertama walaupun pada asalnya mereka sendiri yang menawarkan diri, atau ada juga yang enggan memberitahu dan cuba merahsiakan sesuatu.

Dalam satu kes semasa abg aku dan keluarganya meziarahi seorang sdr yang sakit. Ketika dalam restoren tetiba anaknya terjatuh dan seorang ustaz berhampiran bergegas cuba membantu. Ustaz itu terkejut melihat apa yang ada pada anak sdr aku tu dan menyuruh abg aku dan keluarganya pergi berubat segera di pusat perubatan alternatif berhampiran tempat itu. Oleh mereka sekeluarga pergi berubat secara tidak terancang “di tempat orang”.

  • Bila perawat yang merawati kak ipar aku merawat, mereka bertanya kepadanya siapa yang mengurut selepas beliau bersalin? Kenapa? … orang yang mengurut itu … mengikat salur peranakkan dengan sihir, untuk menghapuskan zuriat.
  • Perawat2 itu mengatakan kejadian2 pelik seperti abang aku jatuh longkang, accident motor sekeluarga, terseliuh tangan, … kak ipar aku pula  kena serangan tetiba putus nafas, mata jadi buta@kabur, dan termasuk anak sdr aku juga pernah diserang dengan sihir menikam jantung remote … adalah … adalah … adalah … adalah … kerana mereka si tukang sihir itu dan sekutu2nya cuba menghapuskan abg aku serta keluarganya.

Pada satu ketika, selepas adik aku bermalam di rumah kawannya, teman serumah kawannya itu memberitahu kawan adik aku bahawa dia ternampak lembaga hitam berada di belakang badan adik aku. Dia kata lembaga hitam itu membuatkan adik aku nampak macam orang bodoh, mudah ditipu dan nampak buruk. Dan dia suruh cepat2 pergi berubat dengan mana2 ustaz pengamal perubatan alternatif.

Pembunuhan

Sihir menikam jantung sehingga menyebabkan mangsa berasa teramat sakit itu pada jantungnya (membunuh dengan serangan jantung ?), ada yang mengatakan bahawa si tukang sihir itu menggunakan hati ayam atau hati lembu yang dipuja sebagai medium sihirnya. Bukan hanya orang dewasa yang terkena, malah anak2 sdr aku yang lain (masih sekolah rendah dan tadika) juga pernah diserang dengan serangan ini. Alhamdulilah dengan izin Allah SWT, dibacakan beberapa ruqyah, hilanglah kesakitan itu. Anak sdr aku (anak abang) di serang ketika masuk ke dalam kelas, Allhamdulillah dengan izin Allah SWT, dia sendiri membacakan ayat2 quran serta menyumpah tukang2 sihir, kesakitan itu segera hilang tanpa disedari oleh cikgu dan rakan2 kelas.

Sihir menikam jantung adalah kaedah yang sama yang telah membunuh seorang pengamal perubatan alternatif kira2 10 tahun lalu. Kini muncul kembali? Sejak berpindah ke pinggiran hutan dan jauh dari bandaraya, bilangan mereka yang sering menziarahi kami adalah muka2 yang sama. Jadi siapakah tukang sihir pembunuh itu? Ini adalah konflik keluarga, itulah hint yang diberikan oleh salah seorang pengamal perubatan yang pernah merawat kami. Oleh itu yang tidak henti2 bermain sihir ini bukanlah seorang atau satu keluarga dan kami lihat terdapat pakatan antara mereka.

Moyang, tok-nenek sebelah ibu aku adalah guru agama di kampung dan guru mengaji Al-Quran, ibu aku juga pernah mengajar mengaji Al-Quran. Manakala sanak saudara sebelah ayah aku pula ramai yang gemarkan ilmu2 pelik ini dan bersaka-saka, arwah nenek sebelah ayah adalah bomoh, mak & bapa sdr juga sebelah ayah aku juga bomoh, dan ramai juga di antara mereka yang membela@dibela syaitan, seperti hantu raya, pontianak, toyol@bajang hijau. Bodoh betul mereka ini, mereka fikir saka boleh memberi mereka rezeki, kemahsyuran, kedudukan bla,bla … mereka lupa kepada Allah SWT dan mereka terlalu takjub dengan saka2. Ada yang kata mereka mahukan saka yang mengikuti kami, tetapi saka itu tak mahu pada mereka…

Melihat Kelibat hitam, kucing hitam bertanda putih di kepalanya

Seingat aku semasa aku kecil2, aku juga sering nampak kelibat2 lembaga hitam dan lain2. Tapi sejak bangku sekolah aku dah tak nampak lagi benda2 pelik, adakah pandangan aku dah kena seal (tertutup)? ntah, aku pun tak tahu. Cuma sekali sejak sekian lama pada tahun lepas, ketika aku cuba diserang kucing hitam bertanda putih di kepalanya, di sebatang jalan di bawah lampu neon (sebelah rumah jer), di suatu malam jumaat, pada jarak kira2 30 meter, aku diserang dalam sekelip mata (sekelibat), serangan hadapan dan tanpa sebarang bunyi.

Mula2 ingatkan kucing biasa yang berada di tepi jalan, kucing itu bukan pandang aku tetapi aku yang berjalan bergerak ke arahnya dalam jarak hingga 30meter. Ketika berjalan seorang diri, tiba2 pandangan mata berubah sekelip mata seperti berada dalam mimpi dan nampak kucing itu cuba menyerang sangat pantas ke arah aku tanpa bunyi dan aku cuba memukul dan kucing itu mengelak ke tepi dan terus masuk ke dalam semak2 tepi kaki bukit sebelah jalan, juga tanpa sebarang bunyi. Mana ada kucing boleh bergerak sepantas kilat?

Selepas beberapa ketika berjalan, aku patah balik dan di berdiri di bawah lampu neon di simpang tiga sebelah rumah aku. Aku dongak ke atas dan terpandang ke arah teres2 bukit di tepi jalan itu dan berhampiran rumah. Aku ternampak sepasang mata bercahaya hijau (akibat biasan lampu jalan) yang memandang ke arah aku. Sepasang mata bercahaya hijau itu berada pada teres ketinggian kira2 10 meter dan kira2 6 – 8 meter di hadapan. Ketika memerhatikan mata cahaya hijau itu sambil berfikir, burungkah? Sepasang mata hijau bercahaya itu berundur, dan hilang dalam semak di teres bukit itu. Baru teringat selepas itu, mata sebesar itu dan berwarna hijau adalah sama seperti mata bercahaya hijau kucing aku bila disuluh lampu. Jadi yang memandang aku itu adalah kucing hitam bertanda putih di kepalanya, chet … macam nak fight jer kucing itu dengan aku.

Ruqyah

Ada banyak kaedah yang kita boleh gunakan dalam menghadapi gangguan jin@syaitan ini. Aku bukanlah mahir atau apa, cuma sekadar berkongsi pengalaman dan juga sedikit pengetahuan.

Perkara paling2 asas dalam memohon bantuan Allah SWT ketika menghadapi ancaman atau gangguan jin dan syaitan serta tukang2 sihir adalah membesarkan Allah SWT dalam diri kita dengan mengikhlaskan diri kepada-Nya, terhadap-Nya dan mengenai-Nya. Jangan anggap dan perlakukan ayat2 Al-Quran dan doa2 yang dibacakan sebagai ruqyah seperti mentera2 (mentera magik), seolah berlaku sesuatu kesan adalah disebabkan mentera2 yang dibacakan.

Kunci terapi bukanlah ayat apa yang dibacakan tetapi sejauh mana keikhlasan kita dengan Allah SWT. Oleh itu adakalanya apabila dalam kebuntuan, meskipun seseorang itu tidak menghafal ayat2 Al-Quran seperti ayat kursi, tidak fasih dalam azan, apa yang dia ingat adalah membaca أعوذ بالله, itu juga dapat membantu apabila dia betul2 mengharapkan bantuan Allah SWT. Atau membaca surah Al-fatihah dengan mengulang2 ayat ke 5, “hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.”

Ayat kursi, azan, surah Yassin dan lain2 jika dibacakan dengan membesarkan kebesaran Allah SWT sebagaimana maksud ayat2 itu, itu adalah lebih baik. Membaca  tidak semestinya mesti dengan suara. Sebagaimana dikatakan tadi, membesarkan Allah SWT dalam diri kita termasuk membenarkan 99 nama2 Allah SWT serta kebesaran-Nya dalam asma ul husna, dan juga segala puji-pujian yang baik hanya bagi Allah SWT.

Dari pengalaman aku, aku pernah bermimpi seperti ditindih. Dalam mimpi itu aku dicekik kuat dan kepala aku dibenamkan ke dalam tanah. Aku nak bersuara tetapi suara tidak keluar. Dalam mimpi itu aku terfikir tentang doa, misalnya “berdoalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”. Oleh itu aku memahami bahawa aku tidak perlukan suara untuk berdoa atau berdoa dari hati adalah lebih utama dari lidah, Allah SWT Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Aku pun berdoa dalam hati, kemudian aku dapati aku terlepas dari cekikkan jin itu dan sebaliknya aku mempunyai kekuatan mencekik jin itu hingga dia menghilang.

Bukanlah aku ini bagus sangat, tak lah pandai mana, bukan tok lebai, haji atau alim ulama dan sebagainya. Keikhlasan dalam diri bukanlah sesuatu yang mudah seperti teori2 yang dipelajari. Walau apa-pun, apa jua keadaan, kita perlu berusaha mendidik diri  sendiri mengikhlaskan diri kepada Allah SWT dan juga mengikhlaskan diri terhadap diri sendiri.

Antara doa, ruqyah yang aku sering bacakan atau amalkan:

  • Azan : pelbagai keadaan, termasuk dalam mimpi ketika menghadapi serangan terus. Alhamdullilah, kami juga dapati azan amat berkesan dalam menghadapi angin ribut atau angin yang kencang, dan mengawal api yang besar seperti kebakaran belukar supaya ia tidak meliar.
  • Ruqyah Jibril : doa perlindungan terhadap gangguan jin dan syaitan, doa ini diajarkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ketika Irsa-Mikraj. Doa ini aku pelajari daripada buku yang ditulis oleh Ustaz Harun Din.
  • Ayat kursi dan surah Yassin elok dijadikan amalan harian jika boleh. Surah Yassin sering dibacakan ketika apabila ahli keluarga aku sakit teruk seperti demam panas, seperti yang telah diceritakan di atas.

Kami juga sering baca Yassin berulang2 kali untuk pertahanan dan juga serangan balas ke atas tukang2 sihir. Tetapi masalahnya, kami tidak dapat laksanakan secara berturusan dan konsisten, ada pasang surut. Kadang kala sibuk dengan urusan2 lain, oleh itu sering kali pada masa itu si tukang2 sihir itu datang memperbaharui sihir2 dan tentera jin2@syaitan mereka.

Kadang kala aku lihat mereka si tukang2 sihir itu sengaja nak menunjuk2 bahawa walaupun kami mendirikan solat, baca Yassin dan cuba berubat sana-sini, ia tidak memberi apa2 kesan kepada mereka. Inilah yang berlaku bertahun-tahun dan kami seperti dalam kebuntuan. Daripada secara sembunyi2, kemudian mereka berani untuk lakukan secara terang2an. Kami seperti tak mampu nak lakukan apa2.

Di sinilah apa yang aku maksudkan dalam artikel sebelum ini, gangguan sihir bukan sahaja menyebabkan mangsa merana, malah ia juga boleh menghakis iman seseorang mangsa. Sebab itu jangan ambil mudah. Kami betul2 kebuntuan tak tahu nak buat apa, tetapi bagaimana dengan janji Allah ini ? Kita hendaklah mendidik dan memaksa diri kita sendiri berbaik sangka dengan Allah SWT, Allah SWT tidak sedikit pun menzalimi hamba2-Nya. Lahirnya kerosakan atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh kedua2 belah tangan manusia sendiri.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang”.  Thaha:69

Lawan punya lawan, kesudahannya balik kepada asal. Susah untuk berubat kerana bukan semua ahli keluarga memberi kerjasama. Ada bermazhab moden dan lebih buruk lagi, ada yang membuka pintu kota untuk musuh menyerang dan memperbaharui sihir2 mereka. Lebih buruk lagi … Satu lagi masalah lain yang timbul apabila merawat dengan pengamal perubatan alternatif tertentu, di antara mereka, ada juga yang menambah jin2@syaitan2 mereka pula kepada pesakit.

Setelah sekian lama mencari jawapan, dengan izin Allah ditemukan dengan beberapa maklumat baru menerusi Intenet iaitu tentang sebuah laman web yang menawarkan ruqyah2 secara percuma dan juga terdapat perkembangan bilangan pusat rawatan Islam.

Kenapalah masyarakat kita buat benda sikit pun nak caj, tunaikan tanggung jawab fardu kifayah pun boleh jadi bisness. Macam Sami Vellu berkata kepada pengunjung2 beragama hindu yang mengunjungi kuil batu caves ketika perayaan2 keagamaan mereka  : “apa punya orang, mau sembah ag pun lagi mau free”. Ini kerana penganut hindu komplen tentang kemudahan parking, mereka terpaksa parking di tepi lebuhraya, parking tepi lebuhraya pun kena bayar parking dah la kena jalan jauh ke kuil.

Alhamdullilah, terima kasih kepada *beep*, banyak info baru dari laman webnya. Kaedah tarik dan pindah, bakar bata, sembelih, belasah dan lain2,  memang nampak macam fantasi. Tetapi adakah ia mustahil bagi Allah SWT? Walaupun tidak belajar secara rasmi, aku mencubanya beberapa panduan yang diberikan di laman webnya. Berjaya atau tidak? Wallahuallam.

Masalah tentang syaitan2 CCTV serta tukang2 sihir itu, mula2 aku cuba mainkan rakaman ruqyah “01Ruqyah-Sihr-Swaalih.mp3” secara berulang2 di komputer atau handfon (guna loudspeaker). Nampak ia seperti memberi kesan kepada tukang sihir dn mereka yang terkena gangguan jin@syaitan.

Oleh itu dengan menggunakan MP3 player yang diubah suai dan disambungkan ke speaker (yang boleh berbunyi kuat tanpa amplifier), untuk memainkan beberapa rakaman ruqyah serta bacaan surah2 tertentu.

Penggunaan adapter membolehkan Mp3 player itu dimainkan terus menerus tanpa henti 24jam sehari/7hari seminggu dan sehingga kini kami telah berjaya mainkan rakaman ruqyah itu terus menerus melebihi 6 bulan. Kalau terhenti pun tidak lama seperti kerana trip kilat atau TNB blackout. Tambahan pula penggunaan Mp3 player sangat menjimatkan tenaga elektrik berbanding penggunaan komputer atau hi-fi atau radio dengan mp3 playback, walaupun mp3 player itu cap ayam. Penggunaan elektrik aku punya mp3 player cap ayam cuma 1.5Volt sahaja (terlalu rendah) dan kuasanya mungkin kurang daripada 3 hingga 5watt.

Alhamdullilah nampaknya ada la sedikit perubahan, mudah sedikit untuk kami mencari rezeki. Si bomoh betina itu serta sekutunya masih cuba untuk renew syaitan dan sihirnya, tapi kali ini menerusi wakil …. anaknya atau orang lain.

Bagi sesiapa yang terkena serangan sihir yang teruk dan berterusan, dicadangkan untuk menggunakan kaedah ini. Gunakan ruqyah yang diberi ini, ini adalah jauh lebih berkesan daripada ruqyah yang dibacakan oleh ust bisnessman.

Nota : Memainkan rakaman ruqyah, jangan terlalu kuat kerana ia mungkin menggangu jiran2 anda dan anda juga mungkin susah untuk tidur kerana bunyi terlalu bising. Akan tetapi jangan pula terlalu perlahan kerana ruqyah ini dengan izin Allah adalah barrier bunyi untuk menjauhkan jin@syaitan tukang sihir serta jin@syaitan lain yang cuba mengganggu.

Mungkin lebih dari satu speaker dan wiring diperlukan untuk suara bacaan ruqyah ini kedengaran di setiap penjuru rumah tanpa perlu dimainkan dengan kuat. Anda juga perlu kurangkan bunyi muzik dalam rumah atau jangan ada pertindihan bunyi (hiburan) berterusan untuk tempoh yang panjang. Jika mahu mendengar muzik/radio gunakan headfon/ear plug (mp3/mp4 player atau portable radio seperti walkman).

Sila muat turun dan mainkan dengan pemain mp3 yang sesuai, sama ada di komputer, player atau mp3 player. Terdapat banyak lagi ruqyah, bacaan ayat2 suci Al-Quran, serta doa2  yang dibacakan oleh beberapa qari dengan pelbagai taranum di laman web http://www.daarussalam.com. Sila layari dan muat turun dari laman web ini.

  1. http://www.daarussalaam.com/D-RUQYAH/D-01SOUNDS/01Ruqyah-Sihr-Swaalih.mp3
���� ������� – ���� ����� .mp3
Found at bee mp3 search engine

Link :

http://www.daarussalaam.com/D-RUQYAH/D-01SOUNDS/D01index11.htm

Posted on 1 Julai 2010, in Mistik and tagged , , . Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Salam Karya IT,

    Terimakasih kerana berkongsi pengalaman. Topik yang menarik dan relevan dengan masyarakat kita sekarang.

    Adakah sedara mempunyai alamat email yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut. Sekian terimakasih.

  2. salam, memg betul kalau dah kena sihir/saka ni lama nak berubat.. orang sentiasa nak renew sihir..sampai bila nak habis pun tak tau..seronoknya hidup normal tanpa gangguan.. pada yang dh kena ganggu nampaknya mcm tiada penghujungnya..byk masa tenaga dan wang dibazirkn..kalaulh ada cara utk menghentikan benda2 ni..cakap berdasarkan pengalaman..

  3. Mr. Thong Chin Kong

    Khidmat Rawatan Islam Baitul Ariffin
    Batu 8 Jalan Gombak (Simpang UIA)
    53100 Selangor Malaysia

    0129917076 (Khalifa Saifuan-Naqsyabandi al marbawil)

    Waktu Rawatan 9.00 a.m.-12.00 p.m.
    Perawat juga menerima on call.

    Antara khidmat disediakan:
    Urut Refleksiologi
    Bekam
    Gangguan jin, saka dan sihir
    Ruqyah an-nabawiyyah
    Pendinding
    Bayi Menangis
    Pagar premis dll

  4. apa pun kuasa yang ada di dunia ini,ia tidak dapat menandingi kuasa yang maha esa..

    • betul tu, ini semua tipu daya syaitan. malangnya ramai gak masyarakat kita rasa mereka boleh jadi hebat dengan menjadi hamba syaitan. kalau ikut undang2 rimba, mau je dipenggal kepala pengamal2 ilmu sihir ni . apa pun laknat Allah ke atas mereka2 yang mensyirikan-Nya, padahal mereka telah mengucap dua kalimah syahadah. celakalah ke atas mereka2 yang mengamalkan sihir di dunia dan kecelakaan besar bagi mereka di akhirat. kekallah mereka di dalam jahanam bersama mereka2 yang telah dilaknati Allah, di akhirat nanti.

  5. Alhamdulillah…jumpa jgk ayat Ruqyah sihir ni..Trima kasih sgt2 kpd karya IT. Aku dan family pun terkena buatan org juga ahli kluarga terdekat..kakak ipar. Dulu kami x tau apa yg dicemburui sgt kakak ipar pada kami adik-beradik..rupanya bila dah tua2 ni baru tau dia nak abg ikut kehendak dia dan semua wang gaji atau kudrat ditumpukan untuk dia dan ahli keluarganya shj.. Dia abg sulong kami dulu menanggung pengajian 7 org adik perempuan termasuk aku..abg dah jadi cam org bodoh yg sebodoh bodohnya,ikut telunjuk bini sampai umah yg dia duduk skang adalah tanah mak aku yang kami x tau pun bila masa dia angkut mak yg sakit g tukar nama. Lg 1 kakak ipar cukup pantang klu ada jiran/sdara yg memuji kepandaian/kecantikan kakak2 aku..(yelah ayah aku benggali dan mak aku melayu siam)..mulalah dia buat kerja bedegang bedegung mcm nak runtuh rumah. Yg paling buat kami mual..bila dia suh abg aku puji dia cantik..hahaha mcm meroyan pun ada aku nengok..Bila la nak mampus pompun taik ni…benci betul aku nengok muka dia..klu negara ni x de undang2 mau aku racun je. Sbb mulut dia, kami adik-bradik asal jumpa abg mula la bertegang urat..gaduh memanjang..bukan tegang saja urat putus pun ada. Kesimpulannya aku benci dia sbb menyusahkan dan meretakkan idup keluarga aku dan aku skang terpalit suami aku.
    Kami sampai skang masih berubat. Kakak 4 org x kawin2 umur dah 38 – 46 tahun ramai laki msk minang tp senyap, yg kak aku ndak x dtg minang lak… Aku dulu penah boyfriend nak antar rombongan tunang tapi sesat jln x jumpa umah aku..last2 dia kata dia malas nak g umah aku…huuuuu sedih tau. Sorang Ustaz yg ubati kami kata kalau jodoh dtg jgn biar dia dan family dia pijak tanah dan kaw umah aku sbb takut nanti bakal2 tu pun terkena sihir. Alhamdulillah ada jugak jodoh aku.Bila dah kawin baru dpt dtg umah tp tu lah aku panas je ngan laki aku ade je benda nk marah sib baik aku dpt suami yg sgt2 penyabar dan syg aku sgt2 w/p aku ni panas baran hahaha…Skang aku kawin dah 5 tahun tp masih belum dapat anak bila check doc pakar saya dan suami x de masalah malah kami sgt subur.. sorang kakak aku lg la x dpt anak sampai ke akhir..kakak sulong aku yg no 2 pun sama, skang kakak aku tu dah monopous mana dpt ngandung lg..sian kakak aku. Aku jadi panas baran dan terlalu emosional walhal benda yang merepek..dan ketika saya membaca artikel saudara IT rasa sayu je rasa nak menangis. Entah lah mcm saudara IT ckp kekadang kita rasa give up & berserah je sbb dah fed up sgt berubat dan kadang menyalahkan takdir…subhanallah tb sib baik saya cepat istighfar.
    Padan muka korang kena baca nukilan hati aku yg bejela ni hahaha..ye lah aku nk luahkan perasaan aku sbb aku bc kisah Saudara IT nak sama ngan kisah hidup aku & family….Okey Bye