Arkib Blog

Resepi : Rendang Merah Ayam

IMG_2563

Ini ada satu lagi resepi rendang, sesuai untuk hidangan time raya atau apa2 jamuan. Opss… sori bizi skt, tak sempat nak pos awal2 ….. raya pun dah lepas, hi, hi, hi.

resepinya …

Read the rest of this entry

Resepi : Sambal cili hijau ikan keli / tilapia

Ini ada satu resepi menarik untuk dicuba sama ada sebagai hidangan berbuka atau bersahur. Anytime pun boleh jugak, no problem. Cara masak tak susah, cuma kena main ‘timing’ sikit dan pandai adjust imbangan rasa pedas, masam, dan masin. Resepi ini bukan resepi original. Aku reka semula dari beberapa eksperimen, di mana aku cuba tiru masakan kantin kat tempat kerja lama. Walaupun sambal hijau ikan keli atau ayam sangat jarang dalam menu kantin itu, kalau ada jual إن شاء الله aku akan beli. الحمد لله jadik juga akhirnya, tapi sambal hijau ikan jer … sambal ayam tak jadik, macam ada kurang sesuatu.

Masa dulu2 time ternak ikan dalam satu kolam kecil, rajin buat masak ini. Tapi selepas semua ikan mati dalam tangki mati secara misteri termasuk jenis ikan yang sangat tahan lasak, kitaorang dah sangat jarang buat masak ini. Misteri misteri, macam unsur sabotaj pun ada, hmm … والله أعلمُ

Jadik aku tulis resepi ini kat blog ini supaya aku sendiri tak lupa, boleh track record balik. Hi, hi, hi … resepinya ….

Read the rest of this entry

Resepi : Kuih Dango

Adakah anda meminati kuih buah melaka? Kuih ini adalah variati kepada buah melaka. Sangat mudah dibuat, cepat dan tak banyak bahan. Kepada mereka yang ingin mencuba suatu yang baru, anda boleh mencuba resepi ini.

Read the rest of this entry

Resepi : Kuih bantal

Ini ada satu resepi. Sebenarnya kuih ini dibuat secara experimental, tak tahu nak buat apa dengan lebihan yogart asli@dadih @susu masam. Nak simpan lama2 takut rosak pulak. Nama kuih ini pakai belasah jer, mungkin kuih bantal sebenar rupanya berlainan.

Asalnya resepi ini diubahsuai daripada roti2 style negara arab dan mungkin juga sepupu-sepapat kuih cakoi. Sori tak da gambar, resepi ini ditulis semula ikut ingat2 jer.

Gambar Hiasan, sori tak da gambar. 😀

Bahan2 Read the rest of this entry

“Home made” Tempe

Tempe mungkin tidak asing lagi dalam masyarakat kita, kalau siapa tak kenal tempe boleh tanya kat gerai sayuran terutama gerai sayuran orang Melayu kat pasar, biasanya mereka ada jual tempe. Kat kedai mini market atau kedai barangan basah orang Melayu juga ada jual tempe. Kalau makan tempe depan ke kawan di kantin, mereka ingat aku ini orang Jawa. Cet… bendul betul mereka tu. Bukan favourite aku pun tempe ni, tapi untuk jimat belanja dan kebetulan ada jual maka aku ambik saja le. Memang benar tempe berasal dari kepulauan Jawa dan boleh dikatakan sinonim dengan masyarakat Jawa. Tetapi tempe telah diterima dunia, lihat wikipedia. Lebih menarik lagi, masa zaman studi dulu aku pernah membaca buku mengenai industri tempe secara komersial. Read the rest of this entry