Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 5


Kali ini kita akan membincangkan proses penanaman padi yang dipraktikkan di seluruh dunia dan seterusnya membandingkan ia dengan dunia kita.

Ingat2 lupa masa dari zaman kecik2 dahulu, secara tradisi penanaman padi dilakukan seperti berikut. Kalau tak silap …

  • benih padi direndam semalaman
  • selepas semalaman, benih padi ditoskan sehingga kering sedikit.
  • tapak semaian disediakan. beberapa helai daun pisang di lapik sebagai pengalas.
  • lumpur tanah sawah diletakkan atas daun pisang dan di rata kan setebal ? (ntah) inci, mungkin satu hingga dua inci.
  • kemudian benih padi ditaburkan atas tapak semaian secara sekata.
  • selepas itu tapak semaian ditutup dengan daun pisang atau pelepah kelapa.
  • biarkan selama hmm untuk benih bercambah … ntah tak tahu, dah lupa la.
  • buangkan daun2 penutup tapak semaian, biarkan pokok padi membesar sehingga hmmm berapa cm tah … sebelum dipindahkan ke sawah
  • pokok padi di lerai kepada beberapa bahagian kecil dan kemudian ia akan ditanam dengan kuku kambing (nama alat, bukan kuku kambing betul).
  • pokok padi ditanam boleh dikatakan dalam barisan dengan jarak tertentu bagi membantu pembesaran pokok padi.
  • satu lubang, di tanam dua hingga 3 anak pokok padi.

Penanaman padi tradisi memerlukan tenaga kerja ramai, tetapi agak seronok kadang2 rasa macam pesta. Suasana tradisi seperti ini juga berlaku di negara2 Asia yang mana tradisinya menanam padi sebagai makanan ruji. Namun bagi negara bukan Islam dan juga negara kebangsaan yang tidak mengamalkan Islam mengikut syariat, elemen2 khurafat seperti pemujaan sering kali terdapat dalam pesta2 tradisi seperti ini dan adat2 tradisi yang diwarisi turun temurun dari nenek-moyang yang cuba dikekalkan. Bagaimana kalau nenek moyang tu dahulunya adalah musyrik? Rojak betul fahaman agama mereka ni … diberitahu pun mereka masih berdolak dalik.

Namun zaman telah berubah, kaedah penanaman padi juga telah berubah. Kaedah penanaman padi secara serak di mana benih padi ditabur terus ke sawah, di perkenalkan dan diperluaskan. Kaedah penanaman ini dikenali sebagai padi serak.

Sistem tabur terus iaitu serak basah dan serak kering. Tabur terus serak basah diamalkan secara meluas sekarang. Benih yang telah bercambah ditabur terus ke kawasan sawah dalam keadaan tepu. Bagi serak kering pula, biji benih pracambah ditabur ke kawasan sawah kering selepas penyediaan tanah. Tanah kemudiannya akan dipadatkan selepas benih ditabur. Bagi kedua-dua sistem ini kadar biji benih yang disyorkan ialah 60 kg/hektar.

(pix : http://melakarsenyuman.blogspot.com/2010/05/terkenang-semasa-dulu.html)

DSCN0346 (pix : http://padiksu.blogspot.com/2009/07/70aktiviti-disawah-program-meningkatkan.html)

DSCN0351 (pix : http://padiksu.blogspot.com/2009/07/70aktiviti-disawah-program-meningkatkan.html)

Yang ini kaedah lain, nama dia transplanter. Konsep dia macam pakai kuku kambing.

Apa yang bagus tentang padi serak? teknologi terbaru yang lebih efisen kah? dari mana teknologi ini datang? Kalau ditanam secara tabur, bukan kah …  hmmm kita minum dulu .Bagaimana kaedah penanaman padi di negara Asia lain yang juga merupakan negara jelapang padi? JOmmm …

China

Video ini mungkin tabur baja …

Taiwan

Korea

Jepun

Vietnam

16149_172122264396_109812114396_2872498_1627979_n

121735_med

Filipina

s2.reutersmedia.net

Laos

Kemboja

Indonesia

India

INDIA_Rice_cultivation_2

agriculture_main

Thailand

Itali

Spain

Amerika

rice-field

Arkansas, US

rice-ratoon-2010-1024x680

Texas

Rata2 kebanyakkan negara Asia menggunakan kaedah penanaman mengunakan jentera transplanting bagi penanaman padi. Meskiipun mesin transplanting mini tanpa enjin.

Sepertinya kaedah penanaman secara serak atau tabur digunakan meluas di negara2 eropah dan Amerika. Ini kerana jalur baris tidak begitu kelihatan atau tiada. Canggihnya, rupanya negara kita @ pemimpin2 negara kita cuba mengadaptasi segala-gala dari barat. Fans kelab barat kah ATAU fanatik kebaratan? Kenapa negara seperti Jepun, Taiwan, Korea dan juga Thailand memilih kaedah penanaman dengan jentera transplanting kuku kambing?

Mungkinkah pemimpin2 terdahulu negara kita mencontohi negara2 barat seperti Amerika atau Eropah, kerana negara itu telah menanam padi sejak turun temurun, dari satu generasi ke generasi iaitu sejak berbilon2 tahun lamanya. Ooooo … dahsyatnya.

Penanaman padi serak VS penanaman padi dalam barisan

Kelebihan padi serak adalah memudahkan kerja penanaman padi bagi kawasan sawah yang sangat luas. Tak banyak prosedur yang perlu dilakukan. Senang kerja dan cepat siap . Kononnya tiada serangan ulat lipat daun pada anak padi, ya la biji padi mana ada daun lagi. Lepas bercambah baru berdaun dan tiada juga jaminan bebas serangan ulat di petak sawah semasa percambahan. Macam mana agaknya mereka menjaga anak pokok padi sehingga anak pokok padi diserang penyakit bena perang dan ulat lipat daun? Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah dengan menyembur racun serangga pada anak semaian. Jadi apa isunya?

Kenapa agaknya pesawah2 sejak zaman dahulu menanam padi dalam barisan walaupun barisan itu bengkang-bengkok? Pesawah di India dan Laos, walaupun mereka masih belum menggunakan mesin transplanter tetapi mereka telah menanam padi dalam barisan dengan menggunakan tali. Kenapa ya? Di negara asia terutama sebelah timur, sejak zaman dahulu lagi seringkali pesawah menternak itik dan dilepaskan ke sawah. Ooo itik suka air sebab itu depa turun bendang.

Perbezaan utama tanam dalam baris dengan tabur adalah jelas di mana tanaman dalam baris, antara pokok2 padi mempunyai jarak tertentu kiri-kanan depan-belakang. Bagi tanaman secara tabur jarak antara pokok2 padi adalah rawak di mana ada yang jarak jauh, ada yang rapat dan ada yang mungkin sangat rapat.

鉄道のある風景 JR福知山線 西丹波の春 (8-May-2011).mp4_000010262

Kalau ikut petua macam dalam tanaman sayur, pokok buah-buahan di dusun dan juga ladang2, biasanya setiap pokok dijarakkan kerana dipercayai dapat membantu pembesaran pokok. yang Di mana akar pokok padi dapat menyerap nutriet secukupnya tanpa perlu bersaing antara pokok. Betul ke petua ini ? hmmm … ntah tak tahu la. Kita orang petani bukannya keturunan VVVIP, mengaji tak tinggi, tak sampai ke luar negeri Europe dan Amerika. Hi, hi, hi …

Kita orang cuma ikut petua orang tua2, dulu2 pakai kuku kambing. Cucuk anak pokok padi supaya akarnya terbenam dalam tanah. La ni moden sikit, bila ada modal pakai mesin transplanter, kejanya macam pakai kuku kambing gak tapi lebih cepat, boleh tanam beberapa baris pokok serentak . Tapi ramai gak pesawah yang kata mesin transplanter sangat efektif dan produktif, termasuk beberapa kerat pesawah tempatan.

Mmm … tanaman padi secara tabur pun efektif gak, sapa kata tak efektif dan produktif. Tak caya tengok gambar ni. Alamak macam mana pulak pokok padi boleh tumbuh dan berbuah dalam longkang @ parit tali air ni?

Padi yang ditanam secara berbaris menyediakan ruang kosong antara baris padi. Jalur kosong ini boleh di lalui oleh pesawah apa bila perlu seperti semasa membaja dan meracun. Ehh itik2 pun turun ke sawah, alamak abis la pokok padi dilanyaknya. Agaknya berapa billion RM pesawah ni rugi kalau itik bermain-main dalam relung sawah dia?

000122155

Petikan daripada Wikipedia Bahasa Melayu

Pengurusan air bagi sistem tabur terus
Pengurusan air perlu dilaksanakan dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang baik untuk persediaan tanah, peratus pertumbuhan padi, keseragaman pertumbuhan padi dan kawalan rumpai. Keadaan tanah yang sesuai untuk ditabur biji benih adalah tanah yang rata, lembab dan paras air pula boleh diturunnaikkan mengikut pertumbuhan pokok. Bekalan air yang berterusan adalah perlu sekiranya biji benih kering ditabur di atas tanah kering untuk mendapatkan percambahan dan seterusnya pertumbuhan pokok yang memuaskan. Air pada mulanya dimasukkan ke sawah dan dibiarkan pada ketinggian 10 cm semasa pemutaran basah. Air disalir keluar 1-2 hari sebelum menabur benih dan sekiranya terpaksa menabur di dalam sawah yang sudah dimasuki air, air yang berlebihan hendaklah disalirkan keluar. Kurangkan gangguan yang mengocak air kerana ini akan memberi kesan buruk pada percambahan dan pertumbuhan pokok. Paras air sentiasa ditakung pada ketinggian 5-10 cm dan dibuang 15-20 hari sebelum menuai bergantung kepada jenis tanah dan kecekapan saliran.

Kalau selepas menabur pada pagi dan petang tu hari hujan lebat, alamak abis la benih padi berenang ke sana ke mari. Oooo … macam tu ke, sebab tu pokok padi boleh tumbuh dalam parit. Inspektor Meguri, misteri pokok padi tumbuh dalam longkang telah berjaya diselesaikan. Selain dihanyutkan air semasa hujan lebat, ia juga boleh disebabkan oleh angin yang bertiup kencang dan benih padi mungkin dimakan burung. Kes ditutup! Ha, ha, ha, ha …

Masa dulu2 masa pakai kuku kambing, banyak ikan sepat, puyu, keli dan haruan boleh dipancing kat sawah. Masa tu sawah airnya dalam atau agak dalam. Mungkinkah petua orang tua2, kaedah bukan serak lebih mesra alam. Ikan2 air tawar dan juga pemangsa bebas bergerak dalam sawah padi. Wah harmoninya, sungguh mesra alam @ ecosystem . Sekarang ni padi serak, air kena sikit takut nanti benih padi hanyut ketepi masa percambahan. Betoi ka?

Kalau macam tu walaupun orang tua2 dahulu2 mereka tak mengaji tinggi sampai ke luar negeri apatah lagi untuk melancong ke negara2 eropah dan amerika, pengalaman mereka sungguh berharga, sungguh bermakna dan jauh lebih bijak dari anak2 VVVIP, menteri2 dan juga pak2 menteri.

Akhirnya hasil daripada kajian Mardi (http://hargaitanah.blogspot.com/2011/03/741-teknologi-mardi.html), kelebihan tanaman padi dengan jentera penanam tabur baris berbanding tanaman serak.

  • lebih cepat, kos rendah.
  • mengurangkan penggunaan biji benih sehinga 50%
  • mengurangkan masalah pokok rebah sebanyak 80%
  • hanya 5 % dijangkiti bena perang berbanding 40% tabur serak
  • bla, bla …

Tak pasti mesin yang dimaksudkan ini sama dengan mesin transplanter di atas atau tidak. Atau pun macam teknologi mesin penabur kat Itali tu. Tetapi kos mesin yang dikatakan dalam blog itu iaitu sekitar RM35,000 hingga RM50,000 (dan guna traktor) adalah telalu mahal bagi pesawah kecil. Rasanya bukan mesin transplanter gaya kuku kambing.

Bila difikirkan negara2 Asia tidaklah selemah mana tahap kebijaksaan mereka relatif kepada negara2 barat dan bangsa Yahudi. Bukannya negara2 Asia tidak mampu berfikir dan mencipta teknologi2 sendiri. Tak la lemah mana pun negara2 Asia ini, bukannya negara2 Asia tidak mampu menyanyingi dan menandingi negara2 Barat. Telah dibuktikan ketamadunan dunia dicetuskan daripada tamadun2 dari Asia terutama tamadun Islam yang menjadi asas kepada kebanyakkan bidang sains, matematik, astronomi, perubatan dan kejuruteraan moden pada hari ini.

Jadi kenapa perlu kita (seluruh warga Asia) terlalu berkiblatkan negara2 barat dan cuba meletakkan negara masing2 ke dalam benua Eropah atau pun Amerika? Adakah kita bodoh atau sengaja mahu menjadi bodoh? Boleh di katakan masyarakat yang menerima kebudayaan barat (ahli kitab), kebanyakkan bersifat angkuh, bodoh sombong, bangga diri, tak sedar diri, biadap, akhlah rendah, perasan bagus, tiada sikap hormat menghormati, berotak lucah, bla, bla, bla ….

Segolongan rakyat negara ini (Malaysia) adalah salah satu contoh dan tidak dinafikan masalah ini juga berlaku di negara2 Asia yang lain, termasuk Jepun, China, Korea, Taiwan, India, Filipina, Thailand, Singapura, negara2 Asia Barat, bla, bla, bla dan seterusnya. Seterusnya menjadi satu penyakit sosial yang serius dan menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat serta menghilangkan nilai2 kemanusiaan dalam masyarakat.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sungguh kamu sekalian akan mengikuti sunah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka memasuk ke dalam sarang biawak kamu sekalian pun akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Beliau menjawab: Lalu siapa lagi selain mereka.

Satu lagi kelebihan padi serak ialah ia mengehadkan jenis jentera penuai padi yang dapat digunakan bagi kerja2 penuaian padi kepada jenis serta model tertentu. Nak sabit pakai tangan bila penuai gandum @ padi new hoooland rosak akhirnya jadi leceh dan susah kerana pokok padi tidak tersusun sekata . Kita akan bincangkan dalam pos2 seterusnya.

mungkin ke ada ular atau lintah disebalik rumpunan pokok padi

bersambung …


Coretan Alkimia

Posted on 11 Disember 2011, in Antara Bangsa, Pertanian & Industri Kecil, Politik, Umum and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Cucu Tulang Padang

    infomatif. t.kasih