Arkib Blog

Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 5

Kali ini kita akan membincangkan proses penanaman padi yang dipraktikkan di seluruh dunia dan seterusnya membandingkan ia dengan dunia kita.

Ingat2 lupa masa dari zaman kecik2 dahulu, secara tradisi penanaman padi dilakukan seperti berikut. Kalau tak silap …

  • benih padi direndam semalaman
  • selepas semalaman, benih padi ditoskan sehingga kering sedikit.
  • tapak semaian disediakan. beberapa helai daun pisang di lapik sebagai pengalas.
  • lumpur tanah sawah diletakkan atas daun pisang dan di rata kan setebal ? (ntah) inci, mungkin satu hingga dua inci.
  • kemudian benih padi ditaburkan atas tapak semaian secara sekata.
  • selepas itu tapak semaian ditutup dengan daun pisang atau pelepah kelapa.
  • biarkan selama hmm untuk benih bercambah … ntah tak tahu, dah lupa la.
  • buangkan daun2 penutup tapak semaian, biarkan pokok padi membesar sehingga hmmm berapa cm tah … sebelum dipindahkan ke sawah
  • pokok padi di lerai kepada beberapa bahagian kecil dan kemudian ia akan ditanam dengan kuku kambing (nama alat, bukan kuku kambing betul).
  • pokok padi ditanam boleh dikatakan dalam barisan dengan jarak tertentu bagi membantu pembesaran pokok padi.
  • satu lubang, di tanam dua hingga 3 anak pokok padi.

Penanaman padi tradisi memerlukan tenaga kerja ramai, tetapi agak seronok kadang2 rasa macam pesta. Suasana tradisi seperti ini juga berlaku di negara2 Asia yang mana tradisinya menanam padi sebagai makanan ruji. Namun bagi negara bukan Islam dan juga negara kebangsaan yang tidak mengamalkan Islam mengikut syariat, elemen2 khurafat seperti pemujaan sering kali terdapat dalam pesta2 tradisi seperti ini dan adat2 tradisi yang diwarisi turun temurun dari nenek-moyang yang cuba dikekalkan. Bagaimana kalau nenek moyang tu dahulunya adalah musyrik? Rojak betul fahaman agama mereka ni … diberitahu pun mereka masih berdolak dalik.

Read the rest of this entry

Dilema Sektor Pertanian bagi Pengeluaran Beras, Apa Masalahnya? – Part 1

Kalau anda ingin melancong ke luar negara? Apakah objektif perjalanan anda atau apakah yang anda akan lakukan bila sampai di sana? Ada seekor kenalan kepada kenalan di FaceBook (beliau berkerja gomen) berkata, “ehh … engkau pernah tak melancong ke luar negara? engkau patut bersyukur negara kita bla, bla, bla …. kat negara orang, hidup susah, merempat, bla, bla, bla …”.

Wah hebatnya negara ku, tanah tumpahnya air ku. Tetapi betulkah negara kita hebat, maju, ada itu, ada ini, bla, bla, bla …. segala2nya dirahmati Tuhan? Sungguh bahagianya … selesanya hidup, mmmmm. Jadi tak payah memikirkan hal orang lain atau negara, hidup dah selesa … kenapa perlu bertukar. Hi, hi, hi …

Dengan teknologi IT, dunia dikatakan tanpa sepadan. Setuju tak? Entah tak tahu, ya ke?? Tak tahu pun …. hi, hi, hi .

Seronok gak melancong secara maya (virtual tourism), setiap hari boleh melancong ke luar negara. Banyak benda boleh kita terokai. Google Maps menjadi peta, Google Maps – Street View menjadi mata, Youtube menjadi mata lensa dan juga mata maya, dan Wikipedia menjadi pemandu pelancongnya.

Hasil perlancongan maya pertama yang serius, blog ini telah membentangkan analisis, perbandingan dan cadangan untuk sistem pengangkutan kereta api negara kita. Walaupun kononnya canggih, sebenarnya yang canggih hanya stesen TETAPI bila dikaji serta diteliti, sistem kereta api negara kita menghadapi dilema yang sangat serius. Kesan ketara walaupun tak disedari, tak difahami, atau tak nak difahami pengguna, adalah kekalutan serius (kelewatan, sesak melampau, kerosakan, masalah reka bentuk dan masalah2 teknikal, bla, bla, bla …) dalam sistem pengangkutan negara. Link : https://xalkimia.wordpress.com/2011/04/18/dilema-kereta-api-negara-kita-bhg-6-%e2%80%93-design-failure-1/

Lebih memalukan lagi, negara2 jiran yang miskin pun mempunyai sistem pengangkutan kereta api yang lebih baik, lebih efektif, lebih efisen daripada negara kita. Jika dibandingkan, negara2 jiran mempunyai ruang yang besar untuk menaik taraf sistem pengangkutan kereta api negara masing2 dengan mudah. Mungkin hari ini budget mereka belum mencukupi, tapi bila budget mereka cukup untuk tujuan ini … hmmm, kemungkinan besar negara kita akan tercorot di rantau ini. Read the rest of this entry